» » » Hafifi terlepas aksi di Incheon



Badang Negara Mohd Hafifi Mansor mengesahkan bahawa beliau tidak akan menyertai Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan yang dijadualkan berlangsung dari 18 September sehingga 4 Oktober 2014 kerana kecederaan di peha.

“Hari Selasa saya ada perjumpaan dengan Ketua Pengarah MSN memaklumkan akan kecederaan yang saya alami memandangkan tarikh Sukan Asia terlalu hampir dan saya dinasihatkan untuk berehat dahulu di sini (kampung) selama dua minggu sebelum menjalani proses pemulihan di MSN,” katanya kepada media di majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran Majlis Sukan Negeri Terengganu.

Hafifi memaklumkan bahawa kecederaan di peha tersebut telah dialami sebelum Sukan Komanwel di Glasgow, Scotland iaitu ketika menjalani latihan di Indonesia.

“Sebab itu ketika Sukan Komenwel, saya hanya mampu mengangkat jumlah angkatan 305kg sedangkan ketika latihan saya biasanya mengangkat antara 320kg hinga 325kg. Jadi untuk mengelakkan kecederaan lebih besar saya dinasihatkan untuk tidak menyertai sukan Asia,” katanya lagi.


“Walaupun agak terkilan kerana tidak menyertai Sukan Asia tetapi saya terpaksa membuat keputusan sebegini agar saya benar-benar bersedia untuk menghadapi kejohanan dunia di Kazakhtan November ini,” ujarnya.

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply