» » Siapa 'big bos' sebenar di Selangor

GEORGE TOWN, 17 Ogos (Bernama) -- Kemelut jawatan Menteri Besar Selangor menunjukkan DAP "tidak berkuasa walaupun di gelanggang sendiri", kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang Teng Chang Yeow.

Beliau berkata walaupun DAP mempunyai "suara" paling ramai dalam gabungan Pakatan Rakyat (PR) dengan 38 kerusi, parti itu tidak berkeupayaan untuk menangani krisis di Selangor.

"Selama bertahun-tahun, DAP mengkritik MCA dan Gerakan dalam BN kerana Umno mempunyai kerusi paling banyak. Bagi mereka, Umno mempengaruhi MCA dan Gerakan dengan mendakwa mereka langsung tidak bersuara. Mereka kata kami menyandang jawatan tetapi tidak berkuasa.

"Bagaimanapun, episod terbaharu krisis jawatan Menteri Besar Selangor menunjukkan DAP langsung tidak berkuasa di gelanggang sendiri dan tidak mampu mempengaruhi hala tuju PR," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Gerakan Bahagian Jelutong di sini, malam Ahad.

Sambil berkata agenda seorang individu yang menjadi hala tuju PR, Teng berkata rakyat yang meletakkan kepercayaan dan keyakinan terhadap PR sebenarnya telah diperdaya parti itu.

Beliau berkata rakyat mengundi PR kerana dijanjikan dengan kebebasan dan Malaysia yang lebih baik pada pilihan raya umum yang lepas.

"Bagaimanapun, apakah krisis jawatan MB Selangor satu perubahan bagi Malaysia yang lebih baik?," tanya beliau.

Ketika ditanya sama ada senario di Selangor akan menjejaskan hala tuju PR di Pulau Pinang, Teng berkata: "Saya tidak mahu membuat tekaan...tetapi hakikatnya ruang autokratik telah berkembang di bawah pemerintahan PR di Pulau Pinang."

-- BERNAMA

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply