» » UMNO Bukit Tunggal dipimpin barisan kepimpinan yang baharu

Menteri Besar yang juga Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman mengakui wujudnya masalah kepimpinan UMNO di bahagian itu terutamanya di kawasan DUN Bukit Tunggal.

Namun kata beliau, perkara berkenaan telah diselesaikan secara bijaksana oleh kepimpinan UMNO di Kuala Nerus.

“Kita tidak boleh lari dari masalah, paling tidak 5% masalah itu akan ada dalam mana-mana organisasi.

“UMNO Kuala Nerus telah membuat keputusan dalam soal ini dan saya mengambil ketegasan dalam kepimpinan kawasan tersebut serta memberi tugas yang berat kepada mereka dan KPI mereka akan dinilai oleh kepimpinan UMNO Bahagian.

“Tindakan-tindakan yang dibuat oleh UMNO Bahagian adalah untuk memberi kestabilan kepada kawasan tersebut dan memasti tidak lagi timbul desas-desus.

“Walaubagaimanapun, saya berpuas hati dengan apa yang berlaku di Kuala Nerus termasuk DUN Tepoh, Teluk Pasu dan juga Bukit Tunggal kerana saya menggunakan kepimpinan baru sepenuhnya hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas melancarkan Seminar Transformasi Terengganu Baharu di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mazlan Ngah; Penasihat Undang-Undang Negeri; Dato’ Azhar Abdul Hamid dan Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Osman Muda.

About Unknown

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply