» » » Dewan Ulamak PAS tidak setuju perletakan jawatan Adun Kajang



Dewan Ulama PAS hari ini menyatakan ketidak setujuan terhadap perletakkan jawatan ADUN Kajang yang berlaku baru-baru ini.

-Penegasan itu dibuat oleh Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Yang Amat Berhormat Ustaz Dato' Haji Ahmad Yaacob semasa sesi ucap utama pagi tadi.

-Ini kerana Islam tidak membenarkan pengkhianatan amanah dan pembaziran harta negara untuk suatu Pilihanraya Kecil (PRK) yang asalnya tidak perlu diadakan.

-Penegasan terhadap isu Menteri Besar Selangor turut dinyatakan yang mana tidak perlu membuat pertukaran Menteri Besar yang sedia ada. Menteri Besar perlu kekal pada jawatan tersebut.

-Ini disebabkan Islam menekankan pembuktian setiap kesalahan ke atas si penuduh. Selagi mana kesalahan seseorang tidak terbukti, tuduhan ke atas si penuduh tidak disabitkan dengan kesalahan tersebut.

-Dewan Ulama turut membangkitkan perbincangan terhadap kewajaran seorang wanita untuk memegang tampuk amanah sesebuah negeri menurut perspektif syara' dalam konsep wilayatul 'ammah dan soal kemampuan untuk memerintah.

-Dewan Ulamak PAS sekali lagi menyatakan sokongan padu kepada kepimpinan Tuan Guru Presiden, Yang Berhormat Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan berdiri teguh di belakang beliau.
2 usul organisasi diterima majoriti perwakilan Pemuda.

Kesimpulan yang boleh dibuat ialah. Dalam apa jua keputusan yang dibuat oleh PR, Pas seringkali dibelakangkan. Nampak sangat PAS hanyalah kuda tunggangan PKR dan DAP dalam usaha mereka untuk merampas Putrajaya kerana hanya PAS sahaja yang memiliki jentera yang kuat jika dibandingkan dengan PKR dan DAP.

Apa yang pasti apabila sesuatu keputusan penting ingin dibuat PAS jarang sekali akan dirujuk untuk diminta pandangan. Seda-sedar keputusan telah dibuat.

Pandangan ana PAS tunggu apa lagi. Sampai bila PAS mahu diperkudakan oleh PKR dan DAP. Sampai bila....?

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply