» » » Nilai ahli Pas dipersoal kerana menghentam Presiden PAS

17 Sept - Dua usul organisasi telah diterima majoriti ahli muktamar Pemuda PAS di Kota Tinggi hari ini. Usul pertama telah dicadangkan oleh perwakilan PAS Sri Gading berkaitan Jawatankuasa Tatatertib dan usul kedua berkenaan Institusi pemikiran Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang oleh EXCO Pemuda PAS Malaysia.

Usul 1: Jawatankuasa Tatatertib

-Bercakap mengenai usul pertama, perwakilan Sri Gading mendesak agar jawatankuasa tatatertib PAS Pusat diperkemas supaya ia dilihat sebagai suatu kuasa yang ditakuti dan digeruni oleh setiap ahli PAS.

-PAS Sri Gading mendesak supaya tindakan serta merta dilakukan agar jawatankuasa tatatertib PAS Pusat dapat diperkemas dan dilihat sebagai suatu entiti yang berkuasa dan ditakuti dalam parti.

-Perwakilan Sri Gading turut mempersoalkan nilai ahli PAS apabila terdapat segolongan yang menghentam Presiden parti tanpa adab dan akhlak yang baik.

-Usul ini turut dibahas dan disokong oleh perwakilan dari Kuala Kedah apabila mereka mencadangkan beberapa kriteria dalam pemilihan ahli jawatankuasa tatatertib tersebut.

Mencadangkan agar ahli jawatankuasa tatatertib yang dipilih hendaklah bukan daripada AJK Pas Pusat bagi mengelakkan bias dan perlu dipilih melalui muktamar. Selain itu, anggota jawatankuasa ini perlulah disegani kawan dan lawan di samping mahir dalam undang-undang dan faqih dalam pelbagai cabang ilmu.

Usul 2: Menginstitusi Pemikiran Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Usul kedua telah dikemukakan oleh Exco Pemuda PAS Malaysia berkenaan perlantikan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sebagai Naib Presiden Kesatuan Ulama Sedunia.

Exco Pemuda PAS juga mendesak supaya kerajaan Malaysia dapat mencontohi layanan kerajaan Qatar terhadap Dr Yusuf Al Qardhawi dalam memberikan pelbagai kemudahan untuk mempromosi idea dan pandangan ulama.

Usul ini turut disokong dan dibahaskan oleh perwakilan Klang dengan mengharapkan para muktamar agar telus dan jujur dengan Presiden parti. Beliau berharap agar para pemuda dapat menyokong dan menghormati Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan perjuangan.

Memetik kata-kata beliau yang berbunyi, "Jangan suruh Umno hormat presiden kita tetapi kita sendiri tidak hormat Tuan Guru Presiden."

Kedua-dua usul ini telah dibahaskan dan diterima majoriti perwakilan di Muktamar Pemuda PAS kali ke-53 hari ini.

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply