» » Hospital UniSZA dijangka siap 2017


UniSZA Universiti Ke 5 Negara Mempunyai Hospital – Terima Kasih PM Hadir Ke Majlis Pecah Tanah Esok.

Penduduk Kuala Nerus dan sekitarnya, tentu sekali berasa amat teruja dengan kehadiran Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak esok (18 September) kira-kira jam 1.00 tengahari bagi Majlis Pecah Tanah Hospital Pengajar UniSZA.
Dengan ini UniSZA  akan menjadi universiti kelima di negara ini memiliki hospital sendiri .
Lain-lain universiti  di negara ini yang telah ada mempunyai hospital ialah Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Naib Canselornya, Profesor Dato’ Dr Yahya Ibrahim berkata, pembinaan hospital itu akan dapat memantapkan lagi peranan fakulti perubatan di UniSZA untuk memberi perkhidmatan kepada pesakit.
Rakyat tentu tahu bahawa kos pembinaannya bukanlah kecil, tetapi kesediaan kerajaan membinanya adalah suatu penghargaan yang amat besar nilainya.
Hospital pengajar UniSZA ini  berharga RM600 juta.
Ia dijangka siap pada 2017. Ia juga akan membuka peluang pekerjaan kepada rakyat.
Dengan adanya hospital itu akan membolehkan UniSZA menawar program peringkat pasca siswazah,seterusnya melahirkan lebih ramai pakar perubatan di negara ini.
Pada masa ini Unisza mempunyai Fakulti Perubatan.
Kerajaan telah bersetuju membina hospital yang boleh memuatkan 100 katil di kampus  Gong Badak.
Walaupun pada peringkat permulaan hanya 100 katil, tentu untuk masa-masa akan datang akan ditambah lagi.
Tahniah Kerajaan Negeri Terengganu, UniSZA dan terima kasih Perdana Menteri dan Kerajaan Persekutuan.

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply