» » Dua pekerja pelantar maut di laut

Malam semalam pada kira-kira pukul 11.30pm, dua kru pelantar minyak Ensco 104 sedang menjalankan rutin kerja-kerja penyelenggaraan bot keselamatan.

Dimaklumkan bahawa kerja-kerja tersebut telah mengikut prosedur dan langkah-langkah keselamatan dengan permit penyelenggaraan serta kehadiran JSA di tapak selenggara.

Semasa sedang bertugas di dalam sebuah bot keselamatan bernombor 3,  bot berkenaan tiba-tiba jatuh 35 meter ke laut.

Saksi kejadian berteriak meminta pertolongan serta memaklumkan terdapatnya kru di dalam bot berkenaan. Walaubagaimanapun,  tiada penggera kecemasan dibunyikan.

Pasukan keselamatan segera cuba menyelamatkan mangsa tetapi gagal setelah kedua-dua mangsa ditemui telah mati.

Mangsa dibawa ke pelantar sebelum diterbangkan ke Kertih pagi ini untuk bedah siasat.

Pelantar tersebut ditutup sementara bagi membolehkan siasatan pihak berwajib dijalankan.




About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply