» » Isu pesta arak di Melaka

Maklumbalas Laporan Akhbar Sinar Harian Bertarikh 12 Oktober 2014 Dan 14 Oktober 2014 Tentang Penganjuran Oktoberfest Melaka 2014

En. Badruldin Zakaria
Editor Edisi Nasional Sinar Harian
Lot 2, Jalan Sepana 15/3
Off Persiaran Selangor
Seksyen 15
40200 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan.
No. Faks : 03-5101 3601

Tuan,

MAKLUMBALAS LAPORAN AKHBAR SINAR HARIAN BERTARIKH 12 OKTOBER 2014 DAN 14 OKTOBER 2014 TENTANG PENGANJURAN OKTOBERFEST MELAKA 2014

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Berdasarkan laporan oleh akhbar Sinar Harian bertarikh 12 Oktober 2014 dan 14 Oktober 2014, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia telah dikaitkan dengan penganjuran acara Octoberbest Melaka, yang dikatakan akan berlangsung pada 18 Oktober 2014 di Jonker Walk, Melaka.

3. Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia ingin menegaskan bahawa Kementerian ini TIDAK terlibat dalam penganjuran acara Octoberfest di mana-mana negeri.

4. Pihak Kementerian difahamkan bahawa acara yang dilaksanakan setiap tahun ini merupakan anjuran pihak swasta. Pihak Kementerian tidak pernah sekalipun terlibat dalam menyokong mahupun menyumbang kepada acara ini.

5. Sehubungan itu, pihak Kementerian ingin menyatakan bahawa laporan oleh Sinar Harian tersebut adalah tidak tepat sama sekali.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya Yang Menurut Perintah,

(DR. AMERJIT SINGH A/L S.BHAG SINGH)
Ketua Komunikasi Korporat
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
Last updated : on 14 October 2014

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply