» » » Perompak tewas ditendang wanita


KUCHING: Seorang wanita bertindak berani dengan menendang perut lelaki yang cuba merompaknya sehingga berjaya ditangkap oleh orang awam di Jalan Tun Abang Haji Openg di sini, semalam.

Menurut sumber, mangsa yang berusia 20 tahun semasa kejadian dikatakan ingin melintas jalan apabila dia didatangi suspek yang bertopi keledar sekitar jam 9.50 pagi.

Difahamkan, suspek meminta mangsa menyerahkan barang berharga kepadanya dan pada masa sama, mengancam akan mencederakannya jika cuba melawan.

“Mangsa bagaimanapun enggan menuruti permintaan suspek, sebaliknya mengerah sepenuh kudratnya untuk menendang perut suspek yang menyebabkan dia terjatuh.

“Orang awam yang melihat insiden tersebut bergegas membantu mangsa dan berjaya menghalang suspek daripada melarikan diri,” kata sumber.

Suspek yang berusia 23 tahun dan berasal dari Kampung Sungai Midin kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Selain itu, pihak polis turut merampas sebuah motosikal jenis Honda EX5 dipercayai milik suspek untuk membantu siasatan. - Jeremy Lanson/16/10/14 [Borneo Post]

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply