» » Pendakwa Bentang Hujah Saintifik Sampel DNA Anwar


PUTRAJAYA 30 Okt - Sesi rayuan terakhir Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membebaskannya daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di Mahkamah Persekutuan Putrajaya masuk hari ketiga hari ini.

Peguambela Anwar, Ramkarpal Singh menyambung sesi penghujahannya semalam hari ini, pada sebelah pagi, sebelum diteruskan sesi hujah balas daripada pihak pendakwa yang diketuai Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang dijangka diadakan di sebelah petang nanti.

Pihak pendakwa dijangka  akan membentangkan hujah bukan saintifik manakala pada pagi hari Jumaat, Muhammad Shafee memerlukan dua jam untuk menyampaikan hujah saintifik berkenaan sampel DNA tersebut.

Pada 7 Mac, Mahkamah Rayuan menjatuhi hukuman lima tahun penjara terhadap Anwar, 67, bagi kesalahan meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.10 petang dan 4.30 26 Jun 2008.

Tuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.- rakyatnews

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply