PUTRAJAYA 29 Okt - Beberapa individu yang mengenakan 'vest' berlambang parti PKR mengherdik Naib Presiden parti Tian Chua ketika cuba merempuh sekatan polis di hadapan Istana Kehakiman hari ini.
Tian Chua yang berarak dari arah Masjid Besi Putrajaya ke Istana Kehakiman sebagai protes terhadap pertuduhan liwat II Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim walaubagaimanapun gagal membolosi sekatan tersebut.
Salah seorang dari ahli PKR yang berada di barisan hadapan pagar sekatan berpaling ke arah Tian Chua memarahi Ahli Parlimen Batu itu dengan berkata "jaga status kita," dengan nada marah.
Tian Chua yang terkejut kemudiannya cuba menenangkan pemuda tersebut.
Turut kelihatan dalam perhimpunan tersebut Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR Nik Nazmi Nik Ahmad.

Perbicaraan rayuan terakhir liwat II Anwar dijangka berakhir Jumaat ini.
Esok, perbicaraan akan berkisar kepada hujah balas dari pihak pendakwaraya berdasarkan pertikaian yang dikemukakan peguam bela Anwar sebelum ini.
Pihak pendakawaan diketuai oleh Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dibantu oleh Datu Mohamad Hanafiah Zakaria.
Keputusan rayuan pda Jumaat ini akan menentukan samaada keputusan penjara lima tahun Anwar dikekalkan atau Ahli Parlimen Permatang Pauh itu bebas dari eprtuduhan.
Anwar menerusi Mahkamah Rayuan sebelum ini didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya Saiful Bukhari Azlan, 23, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008. video kilk sini

No comments: