» » Biasiswa ditarik kerana tentang kezaliman...



Bila ibubapa hantar ke Universiti untuk belajar..macai Anwar ni sibuk nak berpolitik, sibuk nak mengadakan perhimpunan haram....Sekarang terimalah akibatnya bila biasiswanya mungkin akan ditarik balik kerana melanggar perjanjian..

EP agak tertarik dengan kenyataan macai Anwar ni... 
 “ Saya rasa berbaloi untuk generasi yang akan datang. Saya ada kuasa waktu ini dan saya perlu bertindak.
“Insya-Allah saya akan disoal di akhirat nanti, waktu ada kuasa kenapa tidak lakukan apa-apa dalam menentang kezaliman,” katanya.
Kuasa??..Menentang kezaliman??...EP agak keliru?? Siapa yang zalim dan siapa yang dizalimi ni?? Adakah kerajaan yang sedia ada ini zalim terhadap mahasiswa sepertinya..Dapat masuk universiti, dapat biasiswa, dapat belajar dengan aman..Kemudahan dan kelengkapan yang selesa dan mencukupi..Zalim ke tu?? 

Kalau EP, ZALIM yang dimaksudkan ini kena la merujuk pada konteks sebagai seorang mahasiswa kerana KUASA yang ada pada Fahmi Zainol diberi oleh mahasiswa di universitinya sebagai wakil mereka dan bukannya sebagai wakil kepada individu yang disabitkan dengan kesalahan meliwat...


Aktivis Fahmi Zainol berdepan risiko hilang tajaan pendidikan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kerana menganjurkan pidato Datuk Seri Anwar Ibrahim di Universiti Malaya.



JPA juga tidak senang dengan kenyataan “negatif” dan “provokatif” terhadap kerajaan dengan mengaitkan tindakannya dengan “Umbrella Revolution” Hong Kong dan rusuhan pelajar di Indonesia.



Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Ruziah Shafei dalam surat bertarikh 6 November berkata, tindakan Fahmi melanggar terma perjanjian biasiswa yang ditandatangani pada 2011.



Fahmi diberi tujuh hari untuk mengemukakan tunjuk sebab bertulis kenapa pembatalan itu tidak boleh dibuat dan kenapa tuntutan ganti rugi tidak boleh dibuat.



"Kegagalan saudara mematuhi surat ini menyebabkan penajaan saudara boleh ditamatkan serta merta dan tuntutan terhadap saudara dan penjamin akan dilakukan oleh jabatan ini," surat Ruziah itu dipetik. - sumber

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply