» » POLIS PUTUS KAKI KEMALANGAN


Rembau : Seorang anggota polis maut selain putus kaki kiri akibat dilenyek kenderaan sejurus terbabit kemalangan di Kilometer 228.6, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, berhampiran Plaza Tol Pedas Linggi di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 1.30 pagi, Mohd Ifwat Mohd Pauzi, 23, yang juga anggota Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (Sting) Bukit Aman dikatakan dalam perjalanan pulang ke kampungnya di Taman Gunung Mas, di sini.

Jurucakap polis berkata, mangsa dipercayai gagal mengawal motosikal berkuasa tinggi ditunggang menyebabkan dia tercampak ke tengah jalan.

“Sebuah treler dari arah sama cuba mengelak daripada melanggar mangsa dan merempuh motosikal milik mangsa.

“Pada masa sama, sebuah lori seberat lima tan tidak sempat berhenti dan melanggar treler berkenaan menyebabkan dua kenderaan berat itu melintang di tengah jalan,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang terbaring di tengah jalan dipercayai dirempuh kenderaan lain menyebabkan putus kaki kiri dan parah di kepala serta badan.

“Akibatnya mangsa maut di lokasi kejadian.



About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply