EU hukum Israel
BRUSSELS – Kesatuan Eropah (EU) menyediakan pelan untuk mengenakan sekatan terhadap Israel sekiranya negara itu melakukan tindakan provokasi yang menjejaskan penyelesaian dua negara bersama Palestin.garis panjang sistem bodoh
Menurut laporan akhbar Haaretz, Perkhidmatan Tindakan Luar Eropah telah mengedarkan dokumen rahsia berhubung rancangan tersebut kepada 28 negara anggota EU.garis panjang sistem bodoh
“Sekatan terbabit turut melibatkan pelbagai barangan yang dieksport ke pasaran Eropah dan ia akan ditanda bagi membolehkan pengguna mengenal pasti produk keluaran Israel,” jelas laporan itu lagi.garis panjang sistem bodoh
Dokumen tersebut juga mengandungi sekatan yang bakal dikenakan terhadap perjanjian perdagangan bebas antara Israel dan blok Eropah.garis panjang sistem bodoh
Sementara itu, laporan rasmi Pusat Biro Perangkaan Israel (CBS) , menunjukkan ekonomi negara itu menguncup pada suku ketiga tahun 2014 dengan Keluaran Dalam Negara Kasar jatuh pada kadar tahunan 0.4 peratus dalam tempoh tiga bulan hingga akhir September dalam laporan Press TV.
No comments: