» » Menteri usah bicara pasal statistik. Gaji saya pun tak sampai Rm 5900.


KUALA LUMPUR - [VIDEO] Isu mengenai kos sara hidup yang semakin membebankan rakyat menjadi usul perbahasan yang dibawa oleh Perwakilan Terengganu Mohd Iskandar Jaafar.

Mohd Iskandar berkata, beliau sedih dengan nasib rakyat, kerana statistik yang digembar-gemburkan di media massa dan cetak mengenai kehidupan rakyat kini tidak mengambarkan kehidupan mereka yang sebenar.

"Kos sara hidup menjadi topik perbincangan rakyat saban hari.

"Mengikut fakta 78 peratus orang Melayu  berpendapatan gaji kurang daripada RM3,000 sebulan.

"Tempat saya harga getah teruk semalam RM1.70 sekilogram, seminggu menoreh dapat RM50 ada pula yang kena bahagi dua dapatlah RM25.

"Dapat RM25 seminggu apa yang mereka hendak makan, tiba-tiba keluar didada akhbar purata pendapatan rakyat RM5,900 sebulan, amboi...betulah dari segi statistik tetapi rakyat tanya itu pendapatan siapa?. Gaji saya pun tidak sampai begitu.

"Jadi saya mohon kepada menteri untuk buat sesuatu pengumuman itu tengoklah keadaan dahulu," katanya.

Mengulas lanjut Mohd Iskandar berkata beliau berharap hasil kutipan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan mulai 1 April 2015 serta penjimatan subsidi hasil daripada pengenalan kaedah pengawalan harga minyak secara terapung dapat 'dikembalikan' kepada rakyat.

"Kita minta sungguh-sungguh hasil kutipan GST dan penjimatan subsidi hampir 30 bilion itu dapat dikembalikan kepada rakyat.

"Jangan kita buat projek besar-besar yang akhirnya rakyat tanya transformasi ekonomi yang kerajaan buat ini, apa faedahnya kepada kita, jangan sampai begitu," katanya.

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply