PAU 14: KJ... kami bukan nak jatuhkan, cuma nak tegur...
Semalam saya ada tulis sikit pasal KJ... ada sentuh sikit pasal performance dia dalam kabinet dan selaku Ketua Pemuda UMNO... dah dijelaskan kat situ tiada sebarang niat nak hentam... cuma bertanyakan soalan dengan cara beradab..sopan dan jelas...
Ada masuk satu komen yang pertikai persoalan saya. Kononnya saya ni saja nak hentam KJ.. sila rujuk ruangan komen bagi posting semalam....
Maaf. Saya bukan kaki bodek dan saya tak pandai nak mengipas, meng"aircond", atau menjulang sesuatu yang pada pandangan saya agak kurang sesuai... saya mengkritik bukan untuk menjahanamkan...tapi membina sebuah jemaah dalam UMNO untuk terus relevan di mata rakyat...
Saya hargai KJ sebagai pemimpin... cuma saya kurang hormat pada KJ sebab background dia sebelum ni... KJ tak pernah jawab atau bersihkan nama dia dari pelbagai kontroversi yang berlaku masa Pak Mertua dia jadi PM dulu... mohon maaf atas kesilapan dia dulu memang jauh sekali...
Saya ingat lagi... Tun M pun pernah mohon maaf pada seluruh rakyat Malaysia sebab pernah termakan bohong Anwar dulu... negarawan ulung pun sanggup ketepikan ego kerana sedar kesilapan menjulang seorang peliwat dulu... KJ?
Pada saya, kalau nak jadi pemimpin, biarlah naik dengan maruah. Kalau maruah pernah dipersoal, mohon bersihkan maruah terlebih dahulu sebelum jadi ikon.. bila diri tu kurang mantap dan jadi ikon, perkara yang tak sesuai yang KJ buat jadi ikutan anak muda nanti camana?
Saya nak jatuhkan KJ? Wow! Hebat sangat ke saya ni sampai mampu jatuhkan orang? Berkuasa sangat ke saya ni sampai mampu jatuhkan seorang Menteri dan Ketua Pemuda UMNO? Maaf, saya bukan konspirator macam Rafizi dan Kajang Move...
Cuba perhatikan.. saya baru tegur sikit... baru bersuara sikit... tapi dah dituduh macam-macam... nak saya ulang cerita "Raja Bogel" yang Tun M cerita kat blog tu ke? Sampai tak boleh tegur? Haru la macam tu...kan?
Saya pernah salam sekali dengan KJ dalam satu majlis akad nikah seorang VVIP sebelum ni...masa tu KJ baru selesai pakai kasut dan dia takdak bodyguard... kami dua orang ja kat depan rumah VVIP tu...saya hulurkan salam kat dia.. dia sambut.. Tapi KJ tak pandang pun muka saya masa salam tu...
Saya faham dia tak kenal saya... tapi bila seorang pemimpin rakyat buat macam tu... rasanya ada adab tak? Orang Melayu ni terkenal dengan adab sopan... mungkin saya tak penting di mata KJ... dan bukan Menteri macam dia kot... hehehehee... tak kisah la... hehheeee...
Maaf sekali lagi. Mohon KJ dan penyokong KJ, atau pihak yang anti-KJ melihat kritikan ini dari sudut positif. Tak perlu negatif sesama kita... bila nak jadi matang dalam politik kalau asyik nak pandang serong dengan teguran atau persoalan yang diberi?
Saya harap KJ berani berubah... sebab slogan setiakawan dia tu dah macam tak relevan... orang nak kawan dengan dia...tapi dia buat macam takdak adab... mentang-mentang la saya ni orang kecik... kan? Tak pasal-pasal dia dah burukkan imej dia sendiri di mata saya... orang lain macamana? Wallahua'alam...
No comments: