Kaum Cina sebagai dominan di Tanah Melayu
Apakah yang dianggap sebagai kaum yang dominan? Apakah maksudnya tentang kaum yang dominan didalam sebuah negara yang mempunyai berbilang kaum serta kaum yang asal?
Istilah ini pernah digunakan sebelum ini sebagai merujuk kepada baka manusia yang lebih unggul seperti bangsa Aryan sewaktu pemerintahan Nazi di German pada zaman Peperangan Dunia Kedua atau bangsa kulit putih Anglo Saxon di zaman selepas itu yang mendominasi kuasa dunia pada masakini. Bangsa Anglo-Saxon ialah bangsa yang berketurunan Inggeris yang menguasai Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand.
Dalam hal ini mereka bukanlah bangsa majoriti di dunia ini, tetapi lebih bijak dan kuat sehingga membolehkan mereka menguasai dan menentukan orde dunia pada hari ini. Dengan takrif ini Bangsa yang lebih ramai seperti Cina dan India bukanlah bangsa dominan kerana kurang berperanan berbanding Amerka Syarikat dizaman sekarang.
Dalam konteks sesebuah negara seperti Amerika Syarikat dan Australian, kaum yang dominan telah berjaya mengubah rupa bentuk tanah jajahan yang ditakluki. Pada suatu ketika dahulu tanah Amerika diduduki oleh Red Indians dan Australia pula didiami kaum Aborigines. Setelah kaum penjajah ini menjumpai tanah benua baharu ini, mereka menduduki tempat tempat ini dan akhirnya menjadi penduduk majoriti dan mendominasi negara negara ini seperti yang kita nampak sekarang. Merekalah yang menentukan rupa-bentuk seperti perlembagaan, undang-undang, pentadbiran, ekonomi dan budaya negara negara tersebut.
Di Malaysia, kaum Melayu merupakan kaum yang dominan bukan kerana kita lebih bijak daripada kaum lain, tetapi kerana kita telah mampu menentukan rupa-bentuk perlembagaan negara seperti kedudukan raja Melayu, Yang di Pertuan Agong, kedudukan agama Islam dan Hak Istimewa Melayu/Bumiputera. Malah dasar dasar utama negara sejak merdeka telah banyak ditentukan dengan kehendak acuan bangsa Melayu/Bumiputera yang memerintah negara sejak merdeka lagi.
Bagaimanapun kita harus sedar kedudukan Melayu sebagai kaum yang dominan tidak datang dengan sendirinya sungguhpun kita menjadi kaum majoriti di Malaysia. Kaum Cina tidak ditakdirkan menjadi kaum dominan sungguhpun mereka lebeh awal bersedia dan lebih bersatu dalam perjuangan kemerdekaan.
Kaum Cina telah mulai bersatu dimasa pemerintahan Jepun lagi dibawah Parti Komunis Malaya (atau MPAJA) dan mulai dibekalkan senjata oleh pihak British untuk membantu menentang Jepun. Setelah Jepun kalah mereka sudah bersedia untuk mengangkat senjata mengusir Penjajah British dari Tanah Melayu. Jika ditakdirkan mereka berjaya, sejarah Malaya sudah pasti lain daripada yang kita kenali sekarang dan dominasi Melayu pasti tidak wujud.
Kita perlu sedar yang kuasa dominan kita yang wujud sekarang hampir terlepas ketangan kaum Cina pada awal sejarah politik Tanah Melayu. Kita memperolehinya kerana pertolongan pihak British yang bencikan Komunis. Benar kita ada UMNO dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dua buah parti yang berpengaruh yang berjuang untuk Merdeka, tetapi kedua duanya ditubuhkan selepas Parti Komunis Malaya.
Perlu difahami yang kuasa Barat amat mengambil berat dan menentang keras penyebaran kuasa komunis di Asia ketika itu. Oleh itu adalah menjadi dasar utama mereka mengekang pengaruh Komunis di sini. Dengan dasar ini mereka menentang PKM habis-habisan. Sebagai penimbal kuasa, mereka membantu dan menggalak penubuhan UMNO yang juga anti Komunis, sekaligus mereka menindas PKMM yang berhaluan kiri dan yang mempunyai hubungan baik dengan PKM. Dengan UMNO yang semakin popular, maka kaum Melayu muncul sebagai kaum dominan dalam era kemerdekaan kini.
Setelah generasi terdahulu berjaya memperolehi kuasa dan mengukuhkannya melalui UMNO, ramai dari generasi baru tidak mengetahui hakikat ini memandang remeh nikmat yang kita kecapi kini.
Bangsa Melayu adalah satu bangsa yang penuh toleransi. Mungkin inilah hakikat yang wujud dalam satu bangsa yang baru yang merangkumi berbagai sukubangsa termasuk keturunan bangsa pendatang seperti kaum India Muslim, bangsa Arab, malah kaum Cina muslim sekalipun yang hanya berkongsi destini tidak lama dahulu.
Dengan senario seperti diatas, maka tidak menghairankan jika ramai anak muda Melayu begitu mudah menerima nailai-nilai budaya luaran dari Barat serta idealisma demokrasi Barat tanpa menitik-beratkan soal survival bangsa Melayu di Tanah Melayu itu sendiri. Hanya dengan memerhati pandangan pengunjung-pengunjung online kita dapati ramai dengan mudah boleh menerima konsep Malaysian Malaysia dari parti DAP.
Ramai yang dengan penuh emosi dan dengan bangga menerima sikap anti nepotisma dan kronisma secara ektrim, tetapi tidak perasan yang istilah ini bersumber dari Barat dan isu ini telah di manupulasi oleh pihak DAP dan Anwar Ibrahim sepenuhnya.
Sehingga ada diantara anak muda yang berpendidikan rela duduk dibawah pemerintahan bukan Melayu dan bukan Islam daripada dibawah pemerintahan sesama bangsa dan agama, yang mereka anggap sebagai korup dan penipu.
Pernahkah kita terfikir hampir semua usahawan Melayu yang berjaya perlu ada kaitan dan pertolongan kerajaan dalam titik-titik sejarah perjuangan mereka. Begitu juga dengannya billionaire bukan Bumiputera kesemuanya pernah menerima pertolongan kerajaan dalam sejarah perniagaan mereka. Ini termasuk billionnaire terkenal seperti Robert Kwok, Lim Goh Tong, Annanda Krishnan, YTL, Tony Fernandes dan ramai lagi.
Hakikatnya, ia adalah tanggung-jawab kerajaan untuk menggalak pertumbuhan usahawan Malaysia, terutama usahawan Melayu/ Bumiputera.
Seperti juga dengan zaman sebelum merdeka, kini kaum Cinalah yang paling bersatu semasa Pilihanraya. Jika dahulunya mereka bersatu dibawah Parti Komunis Malaya, kini dengan laungan tukar, ini kalilah, mereka bersatu dibawah parti DAP yang berjaya mendapat sokongan setinggi 90% daripada masyarakat Cina. Ini mencermin gelora sentimen perkauman yang mendalam, kerana tiada sebab lain yang boleh mendorong perpaduan tekad seperti ini. Sudah pasti tidak kerana isu isu demokrasi Barat seperti isu Bersih, ketelusan, nepotisma dan kronisma.
Perpaduan yang tekad dikalangan masyarakat Cina bukanlah satu kesalahan. Sebagaimana kaum lain, mereka berbuat demikian kerana amat yakin ketika itu itulah terbaik untuk mereka.
Bagi masyarakat Melayu, kita terbahagi kedalam dua buah parti, UMNO dan PKMM dalam menghadapi ancaman dan gelombang kemerdekaan dan kini kita berpecah kedalam UMNO, PAS dan PKR. Bezanya kini ancaman lebih serius, kerana dewasa ini kita hanya berdikari untuk menentukan masa depan bangsa, tanpa mengharapkan bantuan dari pihak lain.
Malah kita kini terdedah kepada dakyah politik pihak lawan secara yang tanpa kita sedari, seperti kumpulan online Red Bean Army dan yang serupa dengannya. Oleh kerana setiap penulis boleh menulis secara anonymous atau dengan nama samaran, tahukah kita siapa sebenarnya disebalik hujah-hujah atau interpretasi hadis-hadis yang kita baca di internet? Jadi berhati-hatilah dan janganlah mudah terpedaya sehingga kampung tergadai. ~ dahalmi
No comments: