» » Dua maut kapal LPG terbakar


Dua maut manakala dua lagi cedera selepas kapal tangki membawa muatan gas petroleum cair (LPG) terbakar dalam kejadian kira-kira 26 batu nautika (48 km) ke Timur Laut Kuala Terengganu, petang Rabu.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu seorang krew warga Myanmar, Zaw Myo Htut, 23, dan seorang lagi warga Korea Selatan, Song Oh Weon, 56, mati di tempat kejadian akibat terbakar.
Manakala dua lagi yang cedera adalah seorang krew warga Myanmar, Khine Zin Lin, 28, dan seorang krew warga Korea Selatan, Chow Tea Won, 64, masing-masing cedera pada bahagian kaki dan perut.
Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kuala Terengganu, Mohammad Zainal berkata sebaik menerima laporan berhubung insiden itu, seramai enam anggota pihaknya dikejarkan ke tempat kejadian.
Katanya, sebaik tiba, pihaknya mendapati kebakaran itu telahpun dipadamkan, namun terdapat mangsa yang cedera dan maut akibat kebakaran tersebut.
“Hasil pemeriksaan ke atas kapal tersebut, kita menemui dua krew kapal telah meninggal dunia manakala dua lagi mengalami kecederaan sebelum dikejarkan ke Pengkalan APMM Pulau Kambing untuk diberikan rawatan lanjut,” kata Mohammad ketika ditemui pemberita, di Kuala Terengganu, Khamis.
Menurutnya, kapal yang belayar ke Korea Selatan bersama 23 krew ini dipercayai menuju ke Thailand sebelum terbakar di perairan negara.
Mohammad berkata siasatan lanjut dijalankan pihak berkuasa bagi menentukan punca kejadian itu.
Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu untuk mendapatkan rawatan lanjut manakala dua mayat dihantar ke hospital yang sama untuk dibedah siasat.
–BERNAMA

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply