» » Pasaraya di Terengganu tutup waktu solat Jumaat


Semua Pasaraya Besar di negeri Terengganu diarah hentikan operasi perniagaannya  pada setiap hari jumaat (12.30pm-2.30pm ) bagi memberi laluan kepada kaum lelaki Muslim menunaikan solat Jumaat.

Tindakkan itu diambil oleh kerajaan negeri bagi memudahkan umat Islam yang bekerja  dipasaraya terutamanya  kaum lelaki yang memerlukan masa untuk ke
masjid.

Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata,keputusan mesyuarat exco kerajaan negeri pada minggu lepas sudah meluluskan perkara itu  dan akan diserahkan pada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT ) bagi mengeluarkan notis kepada pasaraya-pasaraya dalam kawasan masing-masing yang bakal berkuatkuasa awal januari 2015.

“Tindakan bakal diambil kepada mana-mana pemilik pasaraya yang ingkar”katanya
Perkara itu diumumkan Razif dalam  Sidang Dewan Undangan Negeri hari ke 2, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini. - sumber

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply