» » » Pemain takraw negara kena kencing tikus


Seremban: Pemain sepak takraw kebangsaan, Mohd Syazreen Qamar Salehan, dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini, selepas dipercayai dijangkiti virus, petang semalam.
Pemain apit kiri itu pada awalnya demam Khamis lalu ketika menjalani latihan di Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil Kuala Lumpur.
Bapanya, Salehan Rashid, 51, berkata, Mohd Syazreen, 21, mengadu demam ketika menjalani latihan sepak takraw di MSN dan mendapatkan rawatan di klinik pusat berkenaan sebelum diberi pelepasan pulang ke rumah di Taman Desa Exora Senawang, dekat sini.
Katanya, anaknya pulang dengan menunggang motosikal dari Bukit Jalil menuju ke rumah neneknya di Labu, dekat sini.
“Bagaimanapun dalam perjalanan ke Labu, dia terbabit dengan kemalangan jalan raya apabila motosikalnya terbabas di kawasan Kuarters KLIA Nilai tetapi hanya mengalami kecederaan ringan.
“Dia kemudian mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta di Kuarters KLIA Nilai tetapi demamnya tidak pulih dan pada Jumaat lalu, dia pulang ke Senawang sebelum mendapatkan rawatan susulan di sebuah klinik swasta di Taman Lavender Height, Senawang.
“Melihat keadaannya, saya membawa dia ke HTJ pagi Sabtu lalu dan ditahan di Wad 5B, hospital berkenaan,” katanya ketika ditemui di HTJ, semalam.
Salehan berkata, keadaan anak kedua daripada empat beradik itu bagaimanapun bertambah serius apabila dimasukkan ke ICU pada jam 4 petang semalam. - sumber

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply