HANOI: Malaysia membuat kejutan apabila berjaya membuat Vietnam gigit jari selepas menang besar untuk gah layak ke final bola sepak Piala AFF Suzuki di Stadium My Dinh. Ketika tidak diberi peluang dengan tuan rumah menjadi pilihan dalam separuh akhir kedua, anak didik Dollah Salleh membuat kejutan untuk menang 4-2 dan layak dengan agregat 5-4.
Gol Harimau Malaya disumbangkan menerusi Safiq Rahim, m-4, Norsharul Idlan Talaha (m-16), jaringan sendiri oleh Dinh Tien Thanh (m-29) dan Shukor Adan (m-43). Vietnam merapatkan jurang dengan dua gol sumbangan Le Cong Vinh pada minit ke-22 dan 79. Perlawanan akhir akan berlangsung secara timbal balik bermula pada 17 Disember ini (Rabu) di Thailand dan 20 Disember (Sabtu) di Stadium Bukit Jalil
SKUAD PEMAIN
MALAYSIA: Mohd Farizal Marlias, Muhammad Zubir Mohd Azmi, Mohamad Fadhli Mohd Shas, Muhammad Shukor Adan (kapten), Indra Putra Mahayuddin (Mo hamad Muslim Ahmad), Safiq Rahim, S Kunalan, Mohd Badhri Mohd Radzi (Baddrol Bakhtiar),Azamuddin Mohd Akil, Mohd Amri Yahyah, Norshahrul Idlan Talaha
VIETNAM: Tran Nguyen Manh, Le Phuoc Tu, Dinh Tien Thanh, Nguyen Van Bien,Ngo Hoang Thinh (Le Tan Tai), Le Cong Vinh (kapten), Nguyen Van Quyet, Que Ngoc Hai, Pham Thanh Luong, Vo Huy Toan (Mac Hong Quan), Nguyen Huy Hung
PENGADILl: Toma Masaaki (Jepun)
No comments: