Gol Saha pastikan tiga mata penuh untuk Penyu
Gol Ashaari Shamsuddin memastikan skuad penyu membawa pulang tiga mata penuh dari Kota Bharu. Terengganu bangkit dari ketinggalan satu gol dengan membenam pasukan Kelantan 2-1 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad ke-IV malam tadi.
Namun pasukan tuan rumah terlebih dahulu memperoleh gol seawal minit pertama hasil jaringan Fakri Sharani yang bijak menghidu peluang dan melepaskan rembatan padu menewaskan penjaga gol Sharbinee Alawee Ramli.
Gol berkenaan telah menyuntik semangat pemain The Red Warriors yang jelas menguasai sebahagian besar babak awal permainan.
Benteng pasukan Peteh yang diketuai oleh Vincent Bikana terpaksa bekerja keras menahan serangan bertali arus pasukan Kelantan menerusi pemain yang berasal dari Wakaf Tapai, Norfarhan Muhammad.
Jurulatih Terengganu Haji Ahmad Yusof merubah strategi dengan mengerah pemainnya meningkatkan asakan ke kubu pasukan tuan rumah dan berhasil selepas Vincent Bikana menanduk masuk gol hasil sepakan sudut Gustavo Lopez minit ke 25.
Rangkaian penyerang Issey Nakajima dan Norsharul Idlan Talaha kerap mengancam ke arah kawasan Kelantan tetapi Khairul Fahmi cekap menafikan percubaan pemain pelawat dan kedudukan seri 1-1 kekal hingga tamat separuh masa pertama.
You want to find a nhà cái uy tín address, come to us. Where to regularly update the tip bóng đá chất lượng cao,
ReplyDeletethe correct assessment of upcoming developments on the pitch with the top prestige players such as nhà cái 188bet, nhà cái 12bet, nhà cái w88...