» » PAS akan ajar DAP ketika PRU 14...?


Kenyataan Pimpinan DAP Khususnya Lim Guang Eng (LGE) Yang Berterusan Melakukan Provokasi Terhadap Presiden PAS Menggambarkan Akhlak Rendah Yang Dimiliki Oleh Mereka. Ia Mengesahkan Lagi Kebenaran Tindakan PAS Memutuskan Hubungan Politik Dengan DAP. DAP Bukanlah Pimpinan Harapan Rakyat Malaysia.

Menurut Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dr Ustaz Khairuddin Aman Razali, yang terakhir, kenyataan tidak berasas oleh LGE dilaporkan oleh portal Malaysian Insider, bagi beliau sememangnya LGE sedang berhadapan dengan penyakit politik yang serius iaitu penyakit ‘gatal mulut’.

Rakyat Malaysia tidak lagi boleh bergantung harap terhadap UMNO dan BN yang telah mencetuskan krisis kepimpinan politik dan ekonomi negara. Namun dalam masa yang sama DAP juga bukan harapan rakyat.

“Menggantungkan harapan negara dipimpin oleh parti seumpama DAP bakal meletakkan negara ke lembah kehancuran,”ujarnya.

Katanya, sudah ampai masa rakyat Malaysia pelbagai kaum bersama dengan PAS bagi melakar politik baru yang lebih stabil, adil, berakhlak dan berkebajikan.

“Tinggalkan DAP dan UMNO. Jangan biarkan negara tergadai di tangan ahli politik cauvinis dan berkepentingan seperti DAP dan UMNO.

“Pru ke 14 akan menyaksikan orang Islam Melayu khususnya dan pelbagai kaum bakal mengajar DAP yang sombong dan angkuh berpolitik khususnya di Pulau Pinang,”tambah beliau.

– sumber

Ulasan penulis...

Bagi penulis PAS juga bukan parti yang baik untuk dipilih oleh rakyat untuk memimpin negara kerana antara sebabnya ialah sepanjang penglibatan PAS dalam PRU, PAS tidak pernah bertanding jumlah kerusi yang cukup untuk memimpin negara.

Pas juga tidak layak untuk muminpin negara kerana telah terang dan nyata bahawa sokongan PAS kepada DAP dan sekutunya PKR sehingga membentuk PR telah menyebabkan orang Melayu Islam semakin dipandang hina oleh musuh-musuh Islam. Lihat sahaja gelagat lim Guan Eng yang tidak segan-segan menghina pimpinan ulamak dalam PAS yang tidak sekepala dengannya. 

Lebih malang lagi kepada PAS. Akibat daripada penglibatan PAS dengan PR telah memecahbelahkan PAS sehingga kini wujudnya GHB. Di Terengganu dan Kelantan sokongan kepada GHB mungkin tidak ketara tetapi bagaimana dengan negeri-negeri di sebelah Pantai Barat.

Wallahu A'lam

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply