Kerajaan Pulau Pinang yang dipimpin Lim Guan Eng perlu tampil menjelaskan mengapa kos keseluruhan kajian kebolehlaksanaan Projek Terowong Dasar Laut di negeri itu mencecah sehingga RM305 juta.
Setiausaha Agung DAP itu juga perlu memberi pencerahan adakah pemilihan syarikat bagi melakukan kajian itu dibuat secara tender terbuka atau sebaliknya. Mengapa syarikat Consortium Zenith BUCG (CZBUCG) diberikan bayaran pendahuluan sebanyak RM139 juta walaupun kajian belum disiapkan?
Guan Eng masih belum beri jawapan lagi mengenai persoalan ini.
Beri RM139 juta pada CZBUCG kemudian pilih syarikat Astral Supreme Construction Sdn Bhd sebagai subkontraktor bagi melakukan kajian kebolehlaksanaan.
Syarikat Astral telah mengakui gagal untuk menyiapkan laporan itu pada Ogos 2014. Apa hasil kajian? Duit hilang ke mana jika kajian tidak siap?
Kos berkenaan sebenarnya amat mencurigakan, sepertimana curiganya rakyat terhadap pemilikan banglo Guan Eng pada harga yang amat rendah dari harga pasaran sebenar.
Malahan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata kementeriannya juga percaya bahawa kos RM305 juta bagi kajian tersebut adalah terlalu tinggi dan di luar garis panduan kos bagi projek pembinaan.
“Kami mempunyai kepakaran untuk menyiapkan kajian itu mengikut masa ditetapkan dan pada kos lebih rendah. Kami sekali lagi menawarkan kesediaan untuk membantu kerajaan Pulau Pinang jika mereka memerlukan bantuan,” katanya kepada media pada 31 Mac 2017 lalu sekali gus menunjukkan bahawa Ketua Menteri itu sudah gagal dalam memerintah sebuah kerajaan.
Malahan, Kempen Tiada Beg Plastik yang hampir memasuki tahun ke-8 selepas dilancarkan di Pulau Pinang, pada 1 Januari 2011, juga telah gagal memberi kesan kepada penduduk kerana ada yang masih sanggup membayar 20 sen untuk setiap beg plastik.
Pegawai Pendidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), N V Subarrow berkata, kerajaan negeri harus menetapkan tempoh tertentu bagi mengukur keberkesanan kempen itu, bukannya terus mengenakan caj 20 sen bagi setiap beg plastik.
Kemuncak kepada kegagalan Guan Eng sebagai Ketua Menteri DAP adalah apabila dia membentangkan Bajet Negeri 2017 dalam defisit terlalu tinggi pernah dicatatkan dalam sejarah kerajaan negeri Pulau Pinang.
Secara rumusan anggaran defisit untuk belanjawan tahun 2017 adalah sebanyak RM667.1 juta berbanding anggaran RM230.31 juta tahun lalu.
Lebih parah lagi, Pejabat Ketua Menteri & Pejabat Setiausaha Kerajaan mendapat peruntukan tertinggi di antara jabatan-jabatan Kerajaan di Pulau Pinang. Tambahan sebanyak RM546.02 juta berbanding peruntukan hanya RM161.59 juta pada tahun 2016.
Wang tebatan banjir hilang ke mana? RM40 juta di Bayan Baru dan wang RM150 juta yang sudah disalurkan oleh kerajaan pusat. Banjir terus berlaku. Duit tebatan hilang, rakyat berenang dalam banjir.
Pelabur pun sudah tidak percaya Guan Eng. Statistik dari MIDA menunjukkan Penang mencatat kemerosotan pelaburan sebanyak -36.1%. Pertumbuhan ekonomi Penang juga merosot sejak 2008. Kenaikan gaji pekerja di Penang adalah yang paling rendah di Malaysia. Rakyat Penang kena tahu fakta ini.
Inilah kegagalan demi kegagalan 'hasil tangan' Guan Eng memerintah selama ini. Walaupun DAP asyik mencanang bahawa mereka (Pakatan Harapan) mampu mengurus tadbir kerajaan dengan lebih baik berbanding Barisan Nasional, namun pada hakikat dan faktanya kepimpinan DAP telah gagal mengurus wang rakyat yang diamanahkan kepada mereka selama ini.
Mungkin ini 'bala' yang menimpa Guan Eng sebelum dia bakal dihadapkan ke muka pengadilan kerana dituduh merasuah dan menyalahguna kuasa. Hujan tidak henti henti, puting beliung yang datang seolah memberi petanda kejatuhan rejim Lim & DAP di Penang.
No comments: