Kerajaan Selangor Bergelumang Dengan Skandal SPLASH, YAWAS Dan SMUE
Menteri Besar Selangor, Azmin Ali kini nampak benar sedang terperangkap dalam himpitan skandal yang dibiarkan lapuk tidak dijawab sedangkan persoalan dan kontroversi melibatkannya semakin bertambah dari semasa ke semasa.
Taktik berdiam diri Azmin akan membuat isu isu ini menjadi nanah dan akhirnya akan meletus juga. Sampai bila mahu lindung skandal ini dari pengetahuan rakyat?
Pada November 2016, Azmin mula terpalit kontroversi melibatkan Syarikat Pengeluar Air Selangor (SPLASH) apabila ia dibayar RM2.975 bilion, sedangkan Kerajaan Negeri Selangor tidak pernah menawarkan jumlah bayaran sebanyak itu.
Azmin mendakwa kerajaan negeri ada menawarkan sejumlah wang berkenaan kepada SPLASH. Namun bekas Menteri Besar, Khalid Ibrahim menidakkan dakwaan Azmin itu.
Khalid mendakwa Azmin hanya mahu mengalihkan topik perbincangan menghalalkan pentadbirannya membayar sebanyak RM2.7 bilion kepada SPLASH.
Ia adalah 10 kali ganda lebih tinggi daripada tawaran asal iaitu RM250.6 juta. Mengapa Rafizi tidak mahu tanya soal duit SPLASH ini?
“Kami tidak pernah bercadang pada bila-bila masa untuk membayar RM2.9 bilion untuk ekuiti Splash seperti yang didakwa oleh Azmin," kata Abdul Khalid.
Selain isu SPLASH, Azmin terpalit pula dengan kontroversi skandal wang Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS). Azmin dituntut memberikan penjelasan yang masih tidak dibuat sehinggalah hari ini.
Ia berlaku apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa itu melantik Kamsani Nasir sebagai Pengurus Besar YAWAS padahal Kamsani berstatus muflis dan bankrap.
Dikatakan pelantikan beliau adalah untuk melarikan wang YAWAS sebanyak RM500 juta setahun seperti mana projek di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang diserap kepada anak syarikat GLC di bawah Kerajaan Negeri Selangor seperti PKNS (Rumah, Kad Kesihatan), KDEB (Air dan pelupusan sampah), dan YAWAS (Tabung, SMUE, tadika, kesihatan wanita).
Apabila menggunakan GLC dan Yayasan ia hanya perlu kuasa MB Selangor.
Bagaimanapun, melantik individu yang muflis adalah satu kesalahan besar yang mesti dipersoalkan. Bagi Azmin siapa sahaja boleh dilantik ke jawatan itu asalkan mahu menurut kata dan taat kepada Menteri Besar. Boleh jadi begitu?
Skandal YAWAS turut berkait dengan skandal Skim Mesra Usia Emas (SMUE) yang juga dikendalikan oleh Kerajaan Negeri Selangor.
Seseorang individu yang muflis tidak boleh dilantik dari menjalankan mana-mana perniagaan atau menjadi seorang Pengarah atau mengambil bahagian dalam pengurusan mana-mana syarikat kecuali dengan kebenaran Ketua Pengarah Insolvensi atau mahkamah.
Kamsani sudah diisytiharkan muflis sejak 2008.
Kemudian muncul pula kes skandal SMUE yang merupakan program khusus untuk rakyat Selangor atau mereka yang bermastautin 15 tahun ke atas di negeri Selangor serta berusia 60 tahun ke atas iaitu yang lahir sebelum 1 Februari 1974.
Ia berupa sumbangan Khairat Kematian berjumlah RM2,500 kepada rakyat negeri Selangor.
Bagaimanapun yang menjadi pelik ialah ia dikendalikan dan diuruskan oleh kawasan Parlimen di luar Selangor iaitu di dalam kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Antaranya dikendalikan oleh Ahli Parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw (DAP), Ahli Parlimen Batu Tian Chua (PKR), Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar (PKR) dan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok (DAP).
Banyak skandal masih belum dijawab oleh Azmin dan semua pihak sudah terlalu lama menunggu penjelasan diberikan oleh beliau tapi beliau sendiri berdendam apabila mahu menuntut semula bayaran pampasan RM2.7 juta yang diberikan kepada bekas kakitangan Menteri Besar Diperbadankan (MBI) Selangor.
Mahkamah Tinggi pada Khamis lepas memutuskan bayaran berkenaan adalah sah.
Hakim Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh mendapati bayaran itu dibuat mengikut peraturan berdasarkan Enakmen MBI 1994.
Sehubungan itu, mahkamah menolak tuntutan MBI, anak syarikat kerajaan Selangor yang difailkan pada 11 Mei 2015, meminta tujuh bekas kakitangan itu memulangkan kembali pampasan RM2.7 juta yang dibayar menerusi Skim Pemisahan Sukarela (VSS) pada 2014.
Azmin Ali kini bergelumang dengan skandal ini. Azmin pilih jalan diamkan diri, tidak jawab. Sama macam isu tanah Wetlands, DEIG dan kos pintu gerbang Selangor.
RM2.7 billion duit SPLASH bukannya jumlah yang kecil. RM500 setahun duit SMUE juga besar nilainya. Memang tepatlah bila ADUN Batang Kali, Datuk Mat Nazari semalam meminta agar siasatan SPRM terhadap Azmin dibuka semula.
Ini bukan kali pertama Azmi buat diam pasal kes dan skandal, sejak 1995 lagi bila Azmin memiliki kekayaan yang luar biasa, Azmin memilih untuk buat diam sampailah sekarang.
Mungkin kajian oleh Zaaba Institute Leadership (ZIL) bahawa Azmin akan kalah di tangan PAS dan hilang kerusi MB ada logiknya. Punca utama Azmin akan kalah adalah kerana skandal dan isu isu tertunggak yang didiamkan ini.
Go ask BN to release the independent valuation report to the public before you condemn selangor state gov offer RM2.7bil for splash acquisition.
ReplyDelete