» » Boo Cheng Hau mangsa "BUNUH" Dinasti Lim


BLOGGER politik, Raja Petra Kamaruddin (RPK) baru-baru ini ada mendedahkan tentang komplot yang dibuat oleh veteran DAP, Lim Kit Siang bersama kuncu-kuncunya untuk menjatuhkan ahli Parlimen Kepong, Dr. Tan Seng Giaw pada pemilihan parti itu beberapa tahun lalu. Komplot tersebut disifatkannya sebagai satu ‘pembunuhan’.

Selain Tan Seng Giaw, RPK turut mendedahkan seorang lagi pemimpin DAP yang berjaya 'dibunuh' oleh diktator Lim Kit Siang iaitu Dr. Boo Cheng Hau yang merupakan ADUN Skudai dan bekas Ketua Pembangkang di Johor selama 9 tahun.

Beliau menjadi sasaran Kit Siang selepas beliau menentang pemimpin dari luar Johor bertanding di negeri itu pada PRU13. Sama seperti Seng Giaw, Dr Boo juga 'dibunuh' secara terancang menerusi pemilihan parti peringkat negeri pada Oktober 2015.

Beliau hanya menduduki tempat ke-16 daripada 31 pemimpin DAP yang bertanding. Dr Boo hanya memperoleh 164 undi sekaligus gagal menduduki senarai 15 Ahli Jawatankuasa Kerja negeri.

Dengan kekalahan itu, Dr Boo meletak jawatan sebagai Ketua Pembangkang Johor yang dipegangnya sejak 2008 serta menolak tawaran untuk dilantik semula ke dalam Jawatankuasa Kerja kerana kecewa dengan permainan jahat Kit Siang.

Dr Boo mendedahkan wujud pakatan daripada pucuk pimpinan parti untuk menjatuhkannya kerana membuat kritikan terbuka. Malah beliau melabelkan pakatan jahat itu yang diketuai Kit Siang  sebagai 'Soviet madhouse'.

Dengan ketiadaan Dr Boo, kesemua orang kanan Kit Siang mendominasi kepemimpinan DAP Johor yang diketuai anak didiknya, Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong.

Kit Siang terpaksa 'membunuh' karier politik Dr Boo kerana dianggap ancaman besar ekoran populariti Dr Boo yang boleh mengugat rancangan Dinasti Lim untuk menguasai parti itu, sama seperti nasib malang yang dialami Tan Seng Giaw.

-Sumber

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply