Latiff turun ke laut turunkan umjam di Muara Sungai Merchang. |
Beliau semalam telah turun sendiri ke lokasi terbabit dan merasai sendiri kepayahan para nelayan yang mengalami kesukaran untuk mencari rezeki ekoran permasalahan yang dihadapi. Adakalanya mereka terpaksa menolak dan mengangkat bot untuk turun menangkap ikan.
Beliau telah mengambil langkah yang sewajarnya untuk membantu menyelesaikan permasalahan para nelayan ini dan isu mereka ini telah diangkat ke peringkat negeri dan persekutuan.
Solusi jangka panjang telah dirangka yang melibatkan kos yang besar dan ia secara dasarnya telah dipersetujui dan hanya menunggu peruntukan sahaja turun untuk memulakan kerja-kerja sebagaimana yang dirancangkan.
Penyelesaian jangka pendek telah dibuat namun ia tidak akan menyelesaikan masalah untuk jangka masa panjang dan beliau menyeru pihak jabatan yang bertanggung jawab untuk menyegerakan langkah penyelesaian jangka panjang kerana masalah ini telah lama dihadapi oleh para nelayan berkenaan.
Penulis bagi pihak rakan yang mengutarakan isu ini mengucapkan sekali lagi terima kasih atas kecaknaan YB.
No comments: