» » Cikgu Latiff contoh pemimpin 'berhati' rakyat



Apabila sebut nama YB. Haji A. Latiff bin Awang mungkin ramai yang beranggapan beliau seorang yang sombong dan tidak mesra. itu mungkin telahan bagi mereka yang tidak mengenali beliau.

Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Cikgu Latiff ini merupakan seorang bekas guru yang mempunyai perwatakan yang amat berbeza daripada penampilannya luarannya. Dari luar mungkin ada yang beranggapan beliau seorang yang sebagaimana gambaran di atas.

Namun hakikatnya apabila kita berhadapan sendiri dengan beliau, kita akan rasa amat terkejut dengan karektor yang amat berbeza daripada cakap-cakap orang.

Pada penulis beliau yang sekarang merupakan seorang wakil rakyat di Dewan Undangan Negeri Pengkalan Berangan dan juga merupakan Exco Kerajaan Negeri  di Terengganu seorang yang amat 'humble' pada siapa sahaja.

Pernah sekali penulis hadir ke rumah beliau di Binjai Rendah atas tugasan rasmi tanpa sebarang temu janji di sambut mesra oleh isteri beliau. Penulis bertanya kepada isteri beliau sama ada YB ada di rumah atau tidak.

Jawab isteri beliau, "Tunggu sekejap ya, YB tengah berjumpa dengan anak-anak sekejap." Penulis bertanya lagi, "Jumpa anak-anak pun ada jadual ke kak?" "Macam tu la YB, dia sekarang milik rakyat Pengkalan Berangan." penulis terkesan dengan jawapan yang diberikan. Hanya mampu tersenyum.

Sepanjang berurusan dengan YB Cikgu Latiff segala tohmahan negatif yang kedengaran sebelum ini terungkai dan terjawab dengan sendirinya tanpa perlu bertanya kepada tuan punya badan.

Tidak dinafikan beliau mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam politik di Marang.

Dalam pada itu ramai juga orang-orang muda yang sebelum ini takut-takut untuk berkunjung ke rumah beliau, tetapi apabila datang sekali dan kenali sikap dan sifat sebenar beliau, mereka amat terkejut dengan cara Cikgu Latiff menyantuni mereka.

Penulis berharap jika diberi ruang dan peluang, penulis ingin menulis biografi khas berkenaan insan yang lebih senang dengan panggilan 'Cikgu' ini.

Penulis mendoakan YB. Haji A. Latiff bin Awang terus dipilih oleh rakyat di DUN Pengkalan Berangan sebagai wakil rakyat selagi diperlukan kerana beliau memiliki ciri-ciri pemimpin yang amat disenangi dan disegani oleh rakan mahupun lawan.

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply