» » Penyakit "Tidak Mengaku Salah" Dalam Pembangkang


Gambar Hiasan


Dua bulan lepas, semua rakyat menyaksikan sendiri bagaimana penyakit “tidak tahu” digunakan secara “all out” oleh Pakatan Harapan untuk menepis dakwaan RM32 billion hilang dari Bank Negara dalam skandal matawang forex.

Bertungkus lumus Mahathir, Pengerusi Pakatan Harapan, Anwar Ibrahim dan Kit Siang menggunakan alasan “tidak tahu” itu untuk menutup dan menyembunyikan segala perkara yang telah dicungkil oleh pihak Suruhanjaya Siasatan mengenai urusniaga forex Bank Negara.

Namun rakyat tidak mudah terpedaya dengan taktik “diversion”, “annoying” dan “misleading” pembangkang itu. Masa mula mula Mahathir hendak kawan dengan Kit Siang dan Anwar Ibrahim dulu, strategi “pusingan u” digunakan. Semua benda yang dulu buruk jadi baik semula. Segala-galanya yang dulu dianggap ‘syaitan’ sudah jadi malaikat.

Kini pembangkang merebakkan pula penyakit ketiga selepas  penyakit “pusingan u” dan penyakit “tidak tahu” iaitu penyakit “tidak mengaku salah”. Contoh paling ketara adalah dalam kes banjir di Pulau Pinang dan penghinaan terhadap etnik Bugis. Strategi pertahanan secara “tidak mengaku salah’ ini digunakan sepenuhnya oleh Mahathir dan Guan Eng.

Biarpun diasak oleh penduduk setempat, NGO alam sekitar, media namun Guan Eng tetap ‘tidak mengaku salah’ bahawa banjir yang berlaku di Pulau Pinang adalah salahnya kerana memajukan projek projek di lereng bukit.

Guan Eng tidak bertindak defensif. Guan Eng menggunakan strategi “tidak mengaku salah”  ini untuk menyerang dan terus menyerang. Menyalahkan kerajaan Kedah sebagai punca banjir di Pulau Pinang  dan salahkan Jabatan Alam Sekitar sebagai tidak memberi amaran awal banjir.

Padahal seluruh rakyat di Pulau Pinang tahu apa sebab sebenar banjir yang terburuk di Pulau Pinang itu. Namun Guan Eng tetap “tidak mengaku salah”. Inilah cara mereka pembangkang bila menghadapi sesuatu isu.

Main cara kotor. Rakyat jangan termakan dengan cara Guan Eng itu, terus sahaja tekan Guan Eng. Jangan biar dia bernafas dengan isu banjir ini.

Ketika ditahan kerana kes rasuah beberapa bulan lalu, Guan Eng menyifatkankan tuduhan itu sebagai bermotifkan politik dan menyalahkan kerajaan Barisan Nasional (BN), kini dalam isu banjir pun sama, Guan Eng gunakan strategi “tidak mengaku salah”.

Apa pun esok, 14 November adalah tarikh pengurusan dua kes rasuah membabitkan Guan Eng dan ahli perniagaan, Phang Li Koon di mahkamah.  Esok, jangan biar penyakit ‘tidak mengaku salah’ ini menjadi. Terus sahaja belasah Guan Eng mengenai kes rasuah. Biar dia mencungap cungap menjawabnya.

Penyakit ‘tidak mahu mengaku salah” ini juga sedang digunakan oleh pengerusi Pakatan Harapan (PH), Mahathir. Dalam isu penghinaan terhadap etnik Bugis. Sampai ke hari ini, Mahathir masih tidak mahu mengaku salah.

Pada 2 November, Sultan Selagor telah murka kepada Mahathir kerana penghinaan terhadap etnik Bugis itu. Hari ini sudah 13 November, sudah 11 hari berlalu, Mahathir masih lagi belum menjawab lagi dengan Istana Selangor.

Masih “tidak mengaku salah”. Di Indonesia pun kemarahan terhadap Mahathir makin membara. Salah sendiri tidak mengaku. Salahkan pula Duta Besar Malaysia di Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim kononnya menjadi “tukang cucuk”.

Tidak ada sesiapa yang cucuk, Mahathir yang sebenarnya yang cucuk dan putar belit tidak menjawab isu. Sebab itulah seorang tokoh bugis yang juga mantan Menteri Hukum dan Hak Asasi Manusia di Indonesia, Hamid Awaludin menggelarkan Mahathir seperti Hitler. 

"Dia (Mahathir) ternyata masih rasis. Artinya, dia mendeklarasikan dirinya sebagai pemimpin dan negarawan tapi kurang lebih dia sama saja seperti Hitler, rasis. Silakan dikutip ini," ujar Hamid.

"Mahathir tak bisa lagi mengelak dari label post power syndrome. Semua "orang yang mengalahkan dia, dia caci maki. Dia merasa besar. Memang begitu orang yang post power syndrome lebih sering salah dalam ucapan dan tingkahnya. Mahatir itu egois. Dia merasa dia yang jago dan hebat." kata Hamid seperti yang dilaporkan dalam portal www.rmoljakarta.com.

Jika orang luar boleh melihat sikap Mahathir yang begitu angkuh dan ego, hairan apabila ada segelintir penyokongnya di Malaysia masih lagi taksub terhadap Mahathir seolah olah Mahathir adalah maksum. Mahathir seolah olah bebas dari dosa serta boleh buat apa sahaja yang dia rasa dia suka.

Inilah sikap penyokong pembangkang sekarang. Baik yang bersama Guan Eng atau bersama dengan Mahathir. Mereka sudah dijangkiti tiga penyakit ini iaitu penyakit “tidak tahu”, penyakit “pusingan u’ dan penyakit ‘tidak mengaku salah”.

Inilah penyakit penyakit yang ada dalam pakatan pembangkang. Baru perintah Pulau Pinang pun sudah lintang pukang. Hendak harap mereka ini perintah negara? Lagi lingkuplah jadinya. Kelmarin janji lain, esok cakap lain pula.

Janji entah ke mana, kuasa sahaja yang mereka mahukan. Jangan perjudikan nasib negara di tangan pakatan pembangkang yang berpenyakit seperti ini. Bahaya masa depan anak cucuk kita. Anak cucu mereka main kapal mewah, anak cucu rakyat berenang dalam banjir.

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply