» » Silap Pilihan... Bungkus...

Gambar Hiasan: Fikirlah nasib anak bangsa ini jika kita silap percaturan...

Alhamdulillah...

Masih diberi kesempatan untuk terus menelusuri kehidupan dunia yang singkat ini.
Amat bersyukur dilahirkan sebagai muslim di bumi yang amat bertuah bernama MALAYSIA ini.

Saban hari, semakin banyak perubahan dan kemajuan dinikmati dan dikecapi rakyat negara ini yang mana limpahan rezeki dan rahmat itu turut sama dinikmati oleh rakyat yang datang menumpang tuah di negara ini.

Kehadiran mereka kian bertambah menyebabkan adakalanya mereka ini dilihat di mana-mana di negara ini.


Apabila bertanya kepada mereka, mengapa memilih Malaysia untuk datang mencari rezeki, mereka menjawab, banyak kerja yang boleh dibuat di sini. Mereka juga ada berkata sudah ramai di kalangan mereka yang telah pulang ke negara asal mereka telah menjadi kaya raya hasil nikmat bekerja di Malaysia ini.

Namun di sebalik pujian daripada rakyat asing, ramai juga daripada rakyat Malaysia sendiri yang memperkecilkan negara sendiri sedangkan pelbagai perkara yang mereka boleh lakukan di negara ini.

Mereka berkata rakyat kian terbeban dengan kos hidup tinggi kerana pemimpin tidak pandai mentadbir negara.

Realiti yang sebenar di bawah pentadbiran PM Najib telah banyak perubahan dan kemajuan serta kemudahan yang disediakan kepada rakyat.

banyak pencapaian negara di bawah PM Najib yang telah diiktiraf di serata dunia.

Namun akibat terpengaruh dengan dakyat yang tidak sihat dan tidak benar mereka ini membutakan mata dan memekakkan telinga untuk meleihat dan mendengar kebenaran kerana dengki dan dendam. Sehingga ada antara mereka yang sanggup menjadi talibarut atau bahasa mudah "BARUA" musuh negara untuk menjatuhkan negara.

Pesan saya bersyukur itu lebih baik kerana dengan bersyukur Allah akan tambahkan nikmat-Nya kepada kita. Jika kita asyik mengkritik dan menghina, itu adalah tanda yang kita tidak bersyukur. Dan itulah yang menjadikan kita sentiasa tidang tenang dan tidak senang malah merasakan hidup ini semakin tertekan kerana mungkin Allah telah sempitkan pintu rezeki kita.

Apabila menerima sesuatu berita, selidiklah dahulu akan kebenarannya. Jangan mudah terpedaya kerana ia mungkin akan menjerat kita ke lembah yang hina tergolong ke dalam golongan orang yang tidak bersyukur kepada Allah.

Mungkin ada yang marah dan tidak bersetuju dengan kenyataan ini tetapi itulah realitinya.

Pemimpin kita tidak maksum. Mungkin ada kekhilafan dari mereka.

Jangan mudah terpedaya dengan janji-janji kosong sesetengah pihak yang menjanjikan bulan dan bintang malah matahari. Namun realitinya sudah di depan mata. Segala kekusutan di Penang dan Selangor telah menjadi saksi dan bukti akan kebolehan mereka.

Renung dan fikir-fikirkanlah. Nilai dengan hati dan iman bukan dengan ammarah.

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply