» » Kampus UMT Bukit Kor Ubah Lanskap Marang

Latiff meninjau projek ternakan kelulut di UMT Kampus Marang.

Pembinaan  Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Kampus Marang di Bukit Kor pasti mengubah lanskap Daerah Marang.

UMT diberikan tanah seluas 600 ekar oleh Kerajaan Negeri di Bukit Kor Marang pada asasnya telah beroperasi akan membina dua buah fakulti di kampus berkenaan iaitu Fakulti Sains Asas dan Fakulti Sains Makanan yang akan meningkatkan lagi kualiti pembelajaran  pelajar-pelajar universiti berkenaan.

Kampus UMT ini apabila siap sepenuhnya nanti akan menjadi pemangkin kepada peningkatan kegiatan ekonomi kawasan sekitar.

Kampus ini akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan fasiliti  bukan sahaja akan memberi manfaat kepada warga UMT bahkan akan memberi manfaat kepada rakyat secara keseluruhannya.

YB. Haji. A. Latiff Awang, Exco Pendidikan. Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri Terengganu yang melakukan lawatan kerja ke lokasi kampus berkenaan amat berpuas hati dan berterima kasih kepada pihak UMT khasnya dan kerajaan amnya dengan  projek berkenaan kerana rakyat sekitar amat dahagakan pembangunan..

"Sekitar kawasan ini (kampus UMT)  telah ada TESDEC dan juga Kolej Universiti UCSI yang mana apabila kampus ini siap sepenuhnya kelak ia akan menyemarakkan lagi aktiviti ekonomi kasawan sekitar." katanya ketika berucap dalam majlis berkenaan.

"Selain itu kerajaan Pusat telah bersetuju untuk membina Kolej Matrikulasi Terengganu di Serating, Kolej Komuniti di Binjai Rendah yang mana akan menjadikan Marang ini sebagai hub pendidikan baru di Marang. Walaupun Marang di kuasai oleh pembangkang, sebagai sebuah kerajaan yang amat cakna dan prihatin kepada rakyat. Rakyat di Marang ini akan merasai nikmat pembangunan." katanya lagi.

Beliau juga berharap, UMT akan mempercepatkan proses pembangunan kampus ini agar rakyat tidak akan tertunggu-tunggu untuk menikmati kesan kewujudan kampus UMT ini.

Kampus ini akan menjadi kampus EDU-Tourism dengan persekitaran yang mengekalkan kawasan hijau dan hutan semulajadi serta kemudahan dan kawasan rekreasi serta mengekalkan flora dan fauna.

Disamping itu sebahagian tanah akan dibangunkan sebagai 'heritage village' dengan tanaman tradisional dan mengekalkan flora dan fauna yang boleh dijadikan sebagai pusat penyelidikan dan dapat menarik pelancong-pelancong. Kampus UMT  ini akan mengekalkan persekitaran semulajadi dan akan dibangunkan bersama solar farm utk tenaga hijau.

Yang Berhormat Exco barharap UMT Kampus Marang ini dapat di jadikan pemangkin pembangunan daerah Marang dan akan dimajukan secara bersepadu dengan pembangunan lain di Bukit Korseperti Hospital Daerah Marang dan Kolej Kejururawatan.

Beliau juga amat berterima kasih kepada kerajaan kerana tidak meminggirkan Marang apabila pada minggu lepas telah diadakan dua projek pecah tanah di Marang iaitu Majlis pecah tanah Pejabat Pendidikan Daerah Marang yang baru dan juga majlis pecah tanah projek pembinaan Sekolah Menengah Serada.

 "Saya selaku Ketua UMNO Bahagian Marang yang juga ADUN Pengkalan Berangan merangkap EXCO pendidikan amat berbangga dan terkesan dengan komitmen kerajaan dan UMT untuk membantu meningkatkan kualiti hidup dan pendidikan rakyat khususnya di Marang." tambahnya

Turut hadir ke majlis berkenaan ialah Prof. Dato' Dr. Nor Aieni Mokhtar, Naib Canselor UMT, Prof. Madya Dr. Zamri Ibrahim, Rektor TATI UC, Yang Dipertua Majlis Daerah Marang, Jurutera Daerah Marang, Kepimpinan UMT, Kepimpinan UMNO Bahagian Marang dan pensyarah UMT.

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply