Gambar hiasan...
Datuk T yang menggemparkan seluruh negara dengan menjemput editor untuk menyaksikan video porno yang dikatakan seorang pemimpin kanan pembangkang denganseorang wanita muda tidak akan menyerahkan video tersebut kepada polis untuk dibuat siasatan tetapi mahukan sebuah panel siasatan bebas ditubuhkan untuk menyiasat kesahihan dan ketulenan video tersebut.
Beliau berkata jika pihak polis menyiasat video tersebut rakyat mungkin menyatakan jika didapati video tersebut sahih dan tulen serta pemimpin pembangkang tersebut adalah seperti yang digembar-gemburkan maka mereka akan kata ini semua adalah konspirasi kerajaan.
Dalam laporan lain Dato' Seri Zahrain menyatakan ada sumber daripada PKR sendiri menyatakan yang video tersebut sengaja diada-adakan untuk mengalih perhatian rakyat daripada kes liwat Anwar dan isu DNAnya.
YB Zul pula berkata apa yang pasti walau apapun kes yang wujud dan menentang Anwar, Anwar akan kata itu semua adalah konspirasi kerajaan UMNO/BN. Kalau dia tak sebut itu mungkin Anwar akan demam....
Walaubagaimanapun biarkan pihak yang berkenaan yang menjalankan siasatan mengikut kepakaran masing-masing.
Walau apapun selepas satu isu dan kes dibongkarkan terhadap Anwar, kes dan isu lain pula yang timbul....
Renung-renungkan dan selamat beramal...
No comments: