» » » Janji Palsu Pelan 100 Hari Pembangkang (part 5)

Penipuan 5

Mengiktiraf peranan dan jasa kakitangan awam dengan mengkaji semula struktur gaji bermula dengan menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500.00 sebulan setiap seorang guru sebagai penghargaan guru pendidik bangsa.

MUSTAHIL

Dalam pembangkang lain, apabila pembangkang menawarkan kepada guru imbuhan sebanyak RM500, ini merupakan satu lagi tawaran yang bersifat populis dan tidak berpijak di bumi yang nyata. Mereka cuba mengambil kesempatan daripada cakap-cakap kosong bahawa kelompok guru merupakan kelompok paling ramai menyokong pembangkang (sedangkan hal ini tidak benar) dengan menawarkan mereka insentif.

Bayangkan sahaja, di mana mereka hendak mencari dana dengan statistik terkini menunjukkan bahawa terdapat 9,943 bnuah sekolah dengan 5,407,865 orang murud dan 405,716 orang guru di seluruh negara, jika di realisasikan, pemberian ini akan melibatkan insentif sebanyak kira-kira RM2.03 billion ringgit, satu angka yang sangat besar dan diyakini pembangkang tidak akan mampu untuk melaksanakannya. Di mana dana mereka? Apa yang mereka tawarkan sesuatu yang hanya sedap didengar, tapi realitinya menyedihkan dan terlalu mustahil untuk dilaksanakan.

About Laskar Pelangi

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply