» » » Janji Palsu Pelan 100 Hari Pembangkang (part 3)

Penipuan 3

Mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuh raya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh Kerajaan dengan tujuan menghapuskan tol.

BOHONG

Janji karut pembangkang untuk mengarahkan Khazanah Nasional Berhad dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyempurnakan pengambil alihan aset lebuh raya oleh kerajaan dengan tujuan menghapuskan tol adalah sama sekali tidak realistik.

Jika tol dihapuskan, bagaimana keuntungan PLUS dapat dijanakan dan reputasi PLUS dapat dikekalkan? Tambahan pula, PLUS mempunyai nama baik yang perlu dijaga, bagi memastikan bahawa imej negara ini sebagai negara mesra pelabur dapat diteruskan.

Ini semuanya merupakan satu bentuk penipuan langsung daripada pihak pembangkang yang sekadar ingin menjadi populis, tapi mereka tidak berfikir tentang kesan jangka panjang terhadap bidang ekonomi yang berpunca daripada keputusan tidak matang yang diambil.

About Laskar Pelangi

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply