» » » Janji Palsu Pelan 100 Hari Pembangkang (part 7)

Penipuan 7

Menyediakan perkhidmatan internet WiFi percuma kepada semua kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar.

JANGAN MIMPI

Pembangkang cuba menambah cerita karut mereka dengan penawaran WiFi percuma di seluruh negara dalam masa 100 hari sekiranya mereka diberikan mandat oleh rakyat kelak.

Adakah mereka bercakap fakta atau hanya sekadar janji manis sahaja. Tidakkah mereka sedar bahawa apa yang mereka canangkan itu merupakan  sesuatu yang sangat mustahil untuk dilakukan?

Persoalanya, bagaimana mereka boleh menawarkan sesuatu yang tidak realistik ini kepada rakyat, sedangkan untuk melakukannya di 5 negeri tempat mereka memerintah pun tidak dilaksanakan?

Apakah yang mereka cuba buktikan. Pelaksanaan untuk mewujudkan internet WiFi secara percuma memakan belanja berbilion ringgit.

Mana mereka hendak dapatkan dana? Sedangkan kebajikan negeri-negeri yang mereka tadbir hari ini masih lagi terabai.

Sewajibnya mereka menyelesaikan masalah ini dahulu sebelum berkira-kira ingin menawarkan internet WiFi percuma di seluruh negara.

Pembangkang juga sewajarnya memberi fokus kepada melancarkan proses pemerintah di negeri mereka.

Agenda menawan Putrajaya kononnya boleh dikatakan hanya mimpi yang tidak tercapai. Kemampuan mereka mentadbir negeri masih lemah namun sudah mahu bermimpi menawan Putrajaya dan memberikan tawaran yang tidak realistik serta tidak masuk akal.

Banyak benda lain boleh difikirkan pembangkang untuk menipu rakyat selain memberi janji palsu yang hanya memakan masa 100 hari sahaja.

Rakyat kini sudah sedar kerajaan sekarang sebenarnya sudah banyak memberi insentif kepada rakyat bagi membolehkan kadar penembusan internet jalur lebar di seluruh negara berada pada tahap yang membanggakan.

Apa pembangkang fikir bahawa kerajaan tidak membangunkan sektor informasi teknologi negara secara menyeluruh? Sebenarnya kerajaan sudah jauh lebih mendahului mereka ke hadapan dengan pelan yang realistik serta memberikan faedah untuk jangka masa panjang.

Antara yang dirancangkan kerajaan termaksuklah pelaksaan pusat jalur lebar komuniti atas nama PJK ke rumah.

Satu jalur lebar yang akan menyediakan perkhidmatan jalur lebar kepada 615,000 orang di 246 lokasi melibatkan peruntukan RM60 juta.

Tambahan pula, penubuhan pusat internet rakyat di 138 premis Jabatan Penerangan di seluruh negara yang memberi liputan jalur lebar kepada 400,000 pengguna.

Selain itu, kerajaan juga mewujudkan e-kiosk yang akan disediakan di pusat kemasyarakatan dan pejabat mukim di 1,100 mukim di seluruh negara.

Selain itu 873 menara baru telekomunikasi juga akan dibina di seluruh negara termasuk RM1 billion akan digunakan daripada dana khidmat sejagat atau UPS dengan persetujuan penyedia perkhidmatan akan digunakan untuk mengagih-agihkan komputer-komputer riba atau notebook kepada pelajar-pelajar yang kurang mampu di seluruh negara.

About Laskar Pelangi

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply