» » » » » » Boikot BERSIH 2.0...!!!


Aku cukup tak puas hati dengan penganjur Bersih 2.0 ini. Untuk menghalalkan tindakan mereka bagi mengadakan Bersih 2.0 berbagai alasan diberi.

Dimana lagi ketidakadilan yang diamalkan oleh SPR yang dikatakan tidak bersih. Mungkin kerana 5 negeri semasa PRU 12 baru ini di tawan oleh pembangkang maka SPR dituduh masih tidak bersih.

Apa agaknya matlamat sebenar dan siapakah dalang sebenar disebalik kewujudan Bersih 2.0 ini. Kalau dulu disebalik perhimpunan Bersih 2.0 yang kononnya ingin  menuntut keadilan dalam pilihanraya rupa-rupanya ia merupakan agenda tersirat Anwar Ibrahim untuk menghuru-harakan negara.

Dilaporkan bahawa kerugian yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan dan peniaga akibat daripada kerosakan yang dibuat oleh gerombolan Bersih ialah lebih kurang RM 5 juta.

Mereka kata kononnya mereka berhimpun secara aman. Tetapi hakikatnya mereka telah mengganggu orang awam yang berniaga dan ingin mencari makan dan mampu memberi pandangan negatif kepada keselamatan negara. Adakah kita mahu hidup dalam sebuah negara yang kucar kacir dan huru-hara.

Apa agenda sebenar penganjur yang kononnya dianjurkan oleh NGO dan tiada kaitan dengan sebarang parti politik. Pengerusi penganjurannya ialah Datuk Ambiga Sreenevasan. Telah diketahui umum bahawa Ambiga ialah peguam yang menjadi peguambela kepada kes murtad Lina Joey.

Yang pastinya kalau Bersih 2.0 benar-benar terjadi maka yang paling ramai menyertainya ialah orang Melayu dalam PAS. Jadi boleh dibuat kesimpulan di sini bahawa jika mereka turut sama dalam perhimpunan Bersih 2.0 seolah-olah mereka mereka menyokong Lina Joey murtad dan menyokong tindakan anasir-anasir yang cuba mencalarkan imej Islam.

Nota: Apa kisah... Presiden PAS sendiri telah menggugurkanslogan perjuangan menubuhkan negara Islamnya semata-mata untuk berbaik-baik dan sokongan kepada DAP...

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post