» » » PAS & Kronisme : Versi 'Halal'

Penulis tidak sangka tapi rupa-rupanya Parti PAS sebenarnya menghalalkan kronisme. Mursyidul Am Pas,Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan amalan kronisme dibenarkan dalam Islam selagi pihak yang terbabit mempunyai kelayakan bagi menjawat jawatan penting dan tinggi dalam sesebuah organisasi atau syarikat.

Beliau berkata, amalan berkenaan tidak salah kerana pelantikan empat khalifah selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W secara dasarnya adalah amalan kronisme.

Itulah alasan Menteri Besar Kelantan itu apabila orang mempertikaikan pelantikan menantunya, Ariff Fahmi Abdul Rahman sebagai Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Parti PAS memang sungguh menarik. Parti tersebut pernah mengeluarkan fatwa bahawa orang-orang UMNO itu kafir kerana bersekongkol dengan orang kafir. Tapi sekarang, parti tersebut juga bersekongkol dengan orang kafir.

Parti tersebut juga telah mengutuk dengan lantang kerajaan BN kerana mengamalkan kronisme. Setiap pemimpin di dalam PAS mengutuk budaya tersebut:-

1. Haji Hadi Awang, Presiden PAS (1 Jun 2007) :-

"Nasib rakyat di semua peringkat, para pegawai, pekerja, petani, nelayan, peneroka bandar bahkan seluruh rakyat dibelenggu oleh berhala Madiyyah (Kebendaan) dan kelemahan sistem ekonomi yang sarat dengan amalan kronisme, nepotisme, penipuan, riba dan rasuah, tanpa memikirkan dosa dan pahala serta memberi keadilan untuk semua." - Muktamar Tahunan Parti Islam Se Malaysia PAS ke-53.

2. Haji Mahfuz Omar, Ketua Penerangan PAS Pusat (19 Februari 2008)

"Jika mereka dapat terus berkuasa, maka senanglah hidup anak menantu dan kroni mereka melalui projek 'kebajikan kronisme dan nepotisme' BN, dan rakyat akan terus dibiarkan merempat serta ditindas dengan cukai, tol, inflasi, yuran sekolah, bayaran hospital yang tinggi."

3. Nasaruddin Hassan, Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat (2 April 2008),

"Pakatan rakyat akan lebih berjaya kerana ia berpegang kepada prinsip anti kronisme, perkauman, penindasan dan penyelewengan sebagaimana diperjuangkan parti-parti komponen."

4. Harakah Daily 20 Februari 2008

"Keempat, pemimpin-pemimpin yang hanya memperkayakan diri dan sanak saudara tidak boleh diberi mandat untuk memerintah. Rakyat perlu mengenepikan golongan yang secara jelas mengamalkankronisme dan nepotisme. Parti yang mengkayakan seseorang wakil rakyat daripada kalangan kroni perlu ditolak. Mereka yang jelas menunjukkan bahawa menjadi wakil rakyat adalah peluang untuk mengaut keuntungan lumayan tidak boleh diterima sebagai pilihan rakyat. "

5. 
Pemuda PAS Seremban 

"Lagipun PAS amat tidak sekufu dengan Umno kerana PAS adalah parti yang masih suci, sedangkan Umno sudah terpalit dengan noda-noda rasuah, politik wang, kronisme, nepotisme dan macam-macam kebejatan yang lain." 


Sekutu PAS, parti Keadilan turut mengutuk keras amalan kronisme. Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR pernah berkata :-
"Keadilan tidak akan bertolak-ansur dengan perjuangan menentang korupsi, kronsime dan nepotisme yang mana ianya berada di mana-mana sistem institusi dan kepimpinan di negara ini. Penyakit-penyakit sosial ini adalah ancaman-ancaman yang paling getir ke arah dayasaing ekonomi dan kestabilan sosio-politik. Sekiranya ia tidak dibendung; korupsi, kronisme dan nepotisme akan memusnahkan corak tamadun dalam negara kita." (4 April 2006)
Persoalannya sekarang, 

Jika selama ini pemimpin-pemimpin PAS dan sekutu mereka, parti Keadilan, mengutuk dengan lantang soal kronisme di dalam BN, apakah mereka akan berdiam diri sahaja apabila kronisme berlaku secara terang-terangan di antara Nik Aziz dan menantunya?

Atau mereka hanya menutup mata kerana isu kronisme ini terkena dibatang hidung sendiri?

Atau mereka akan mengubahsuai ideologi politik sekali lagi untuk accomodate kepentingan peribadi Nik Aziz? 

Sehingga saat ini, yang menariknya juga ialah tidak ada satu pun media alternatif milik PAS yang membincangkan isu kronisme Nik Aziz dan menantunya. Padahal mereka sentiasa melabelkan media perdana sebagai berat sebelah dan tidak menceritakan perkara yang betul.

Rupa-rupanya, sama juga. Seperti kata kawan penulis, " 2 x 5 juga".

Verdict penulis : Mulai dari hari ini, perkataan kronisme mungkin tidak diungkitkan lagi di ceramah-ceramah PAS dan artikel-artikel di dalam media PAS untuk 'menghormati' Nik Aziz dan menantu beliau.

Seperkara lagi, 
Nik Aziz adalah ahli politik dan pertimbangan beliau adalah sebagai manusia biasa sahaja. Dan 4 khalifah yang dipilih oleh Nabi Muhammad saw adalah calon yang terbaik daripada semua pemimpin-pemimpin ketika itu. Tidak ada lagi calon yang setanding dengan pilihan nabi Muhammad saw.

Ariff Fahmi (menantu Nik Aziz) berpelajaran tinggi tetapi beliau tidak semestinya rakyat Kelantan yang terbaik untuk menerajui perbadanan milik kerajaan negeri (yang diterajui oleh bapa mertua beliau sendiri).

Pokoknya, isu ini adalah kronisme yang patut dipersoalkan oleh PAS, BN dan juga semua rakyat.


Sumber: MiM

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply