» » » » » Kenapa perlu boikot Utusan...???

Dua tiga hari ini... heboh dari puak-puak pelampau pembangkang supaya memboikot akhbar Utusan. Mereka menuduh kononnya satu karikatur yang disiarkan beberapa hari lalu dalam Utusan telah menghina Islam.

Dari perspektif mana agaknya  karikatur itu menghina Islam... Karikatur tersebut ingin menyindir Hadi Awang yang telah berkata: "Perlukan 4 orang saksi untuk menuduh orang berzina..."

Sepatutnya yang kena boikot ialah harakah dan beberapa lagi akhbar pro pembangkang yang mana boleh dikatakan hampir 70% berita yang disiarkan adalah bohong, fitnah dan berbaur perkauman yang jelas melanggari etika masyarakat majmuk Malaysia.

Dalam dunia yang serba canggih hari ini selain daripada saksi pelbagai lagi cara yang boleh digunakan untuk membuktikan sesuatu tuduhan. Contohnya rakaman video, DNA dan sebagainya.

Jika rakaman video dan DNA tidak boleh digunakan dalam mahkamah maka semakin berleluasalah jenayah dan rompakan di dunia ini. Kaedah ini sudah pun digunakan di negara luar dan terbukti berjaya menyelesaikan banyak kes jenayah.

Takkanlah negara kita yang menuju sebuah negara maju ingin menafikan keberkesanan kaedah tersebut dek kerana tertuduh adalah seorang yang berpengaruh dalam politik negara. Apa nasih penjenayah yang telah disabitkan kesalahan sebelum ini dengan menggunakan kaedah tersebut. Kenapa nasib mereka tidak dibela.

Memang kita percaya rakaman video dan DNA belum lagi ada pada zaman Nabi dan sahabat tetapi harus diingat ilmu yang memberi manfaat kepada manusia sejagat tidak salah untuk diadaptasikan.

Apa yang pasti politik pembangkang hari ini yang nyatanya ialah DAP sedang menggantikan PAS... kerana PAS hanya menjadi pak turut kepada DAP... Alahai negara berkebajikan...

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post