» » » » » MAT SABU dan labu-labunya...


Pasca BEERSHIT 2.0. Rakyat telah dimomokkan akan kezaliman pihak polis yang didakwa telah mencederakan peserta perhimpunan haram itu sehingga menyebabkan kematian. Ironinya segala bukti yang ada dan telahpun ditunjukkan oleh pihak polis telah menafikan segala-galanya malah telah menampakkan kebodohan dan pembohongan pihak yang terlibat.

Sebagai contoh Mat Sabu telah ditabalkan sebagai antara hero oleh penyokongnya apabila beliau menuduh polis telah melanggarnya dalam usaha polis untuk menangkapnya. (Mat Sabu berbohong lagi). Bukti dari pihak polis pula menunjukkan bahawa Mat Sabu cedera "sehingga berkerusi roda" adalah kerana motor yang dinaikinya terbalik ketika cuba melarikan diri dari pihak polis. (Betapa bodoh dan bangangnya Timbalan Presiden PAS ini???).

Manakala seorang lagi yang ingin menjadi hero sehingga sanggup berlakon "mati" iaitu saudara Suhardi masih gagal dikesan oleh pihak polis kerana telah menyembunyikan diri. Kalau betul-betul sudah mati tidak mengapa kerana tidak menyusahkan orang. kalau betul sudah mati di mana kuburnya. Sudah pasti ada laporan polis yang menyatakan dia sudah mati dan sudah pasti tahu di mana lokasi kuburnya.

Subhanallah... dalam perkara mati pun puak2 "pelampau" ini boleh buat main-main.

Kepada semua majoriti senyap yang ada diluar sana, saksikanlah perkara sebenar disebalik apa yang telah berlaku di dalam politik negara kita hari ini. Anda sendiri boleh buat keputusan dan menyatakan mana yang betul dan mana yang salah.

Apa yang pasti dan nyata ialah PAS hari ini hanyalah "kambing" yang menjadi korban untuk DAP memegang tampuk kuasa di Malaysia. Kalau anda tidak mahu negara kita ini terus diselubungi dengan kecelaruan dan ketidaktentuan politik ayuh bangkit bersama BN untuk terus berjuang mentadbir negara ini dan membawa negara kita ke tempat yang sepatutnya negara kita berada.

Ana menulis bukan kerana tiada bukti tetapi bukti telah terang dan jelas didepan mata bahawa DAP ganti PAS dalam semua keadaan.

Buka minda, buka hati, telusuri keagungan-Nya...

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply