» » » » Rahsia di sebalik BERSIH: Apa yang rakyat perlu ketahui...

AIDCNews – 25/07/11 – “Pengerusi BERSIH 2.0, Ambiga Sreevenasan sendiri yang mengaku kepada media bahawa pergerakan tersebut (BERSIH) menerima pembiayaan daripada dua buah organisasi yang berpusat di Amerika Syarikat”, kata penulis Barat, Nile Bowie dalam penyelidikannya bertajuk “Malaysia : BERSIH 2.0 Mass Demonstrations – Funding Unrest. Klik di sini
Nile Bowie berhujah berdasarkan kenyataan Datuk Ambiga Sreenevasan yang disiarkan dalam Malaysian Insider pada 25 Julai 2011 yang mengesahkan beliau menerima ‘sejumlah kecil’ dana NDI dan OSI untuk BERSIH tetapi bukan untuk perhimpunan haram 9 Julai, sebaliknya untuk tujuan-tujuan lain.
“Sejumlah kecil dana itu pun satu misteri”, soal penulis itu yang mempersoalkan kenapa pengerusi BERSIH tidak menyatakan secara spesifik berapakah jumlah dana asing yang diterimanya.
NDI (National Democratic Institute) adalah cabang kepada badan induk NED (National Endowment for Democracy), manakala OSI (Open Society Institute), yayasan dana yang dimiliki penyangak matawang Yahudi, George Soros
Turut mengesahkan penerimaan dana asing itu adalah individu nombor 2 selepas Ambiga, Marina Chin Abdullah yang mengesahkan NDI dan OSI NDI dan OSI memberi dana kepada BERSIH untuk tujuan ‘kerja-kerja pemantauan’ pilihan raya umum. Klik di sini
“Pada mulanya, rakyat Malaysia begitu naif dan menerima sokongan dana daripada institusi-institusi Amerika itu yang (kononnya bertujuan baik) mempromosikan kebebasan dan demokrasi’, namun menurut Bowie ‘sokongan dan pembiayaan daripada institusi-institusi berkenaan bukannya semata-mata mencapai objektif BERSIH, sebaliknya yang paling utama untuk mencapai objektif penajanya itu’.
Menurutnya objektif penaja itu adalah ‘untuk mengukuhkan pengaruh Washington di negara-negara rantau ini yang dibayangi ancaman penguasaan ekonomi China, dan paling utama adalah untuk meletakkan seorang pemimpin pembangkang pro Barat (pemimpin proksi Barat) yang mesra dengan badan-badan kawalan Kewangan Antarabangsa dan perancang Orde Kewangan Baru Dunia.
Penulis Barat itu berandaian, ada kemungkinan rakyat Malaysia tidak mengetahui secara jelas apakah NDI dan OSI dan agenda di sebaliknya, serta kaitannya dengan ‘revolusi warna’ yang berlaku di Timur Tengah dan rantau Asia.
Menurutnya badan-badan penaja itu memainkan tiga peranan secara serentak, badan penaja, pemikir dan perisik bagi kepentingan dasar luar Amerika Syarikat (AS).
“(NDI dan OSI) adalah pemikir dan perisikan Amerika yang kesemuanya berpangkalan di Amerika Syarikat, serta dikaitkan dengan agenda Amerika dalam usaha mempengaruhi Dasar Luar Amerika Syarikat.
“Badan-badan itu juga digerakkan untuk mempengaruhi pandangan dunia terhadap beberapa orang pemimpin negara lain, melalui pembiayaan pergerakan-pergerakan pembangkang menerusi kebangkitan Revolusi Warna, yang bertujuan untuk menaikkan pemimpin-pemimpin (proksi) yang bersedia bersekutu dan mempunyai tanggapan positif terhadap establishment Anglo-Amerika serta petualang-petualang korporat antarabangsa”, katanya.
Penulis berhujah bagaimana BERSIH yang mendakwa terdiri dari NGO yang berkecuali dari politik, sedangkan BERSIH juga dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketua pembangkang Malaysia.
Menurutnya pandangan BERSIH dan pakatan pembangkang serta pihak kerajaan perlu diambil kira untuk menentukan agenda sebenar perhimpunan haram tersebut.
“Kerajaan menuduh pergerakan itu merupakan kuda tunggangan bagi menyemarakkan sokongan terhadap parti-parti politik yang dibiayai kuasa-kuasa asing dan dikaitkan dengan pemimpin pembangkang, Anwar Ibrahim, bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia”, katanya.
Menurutnya rekod penglibatan politik Anwar, bukan sekadar di Malaysia, bahkan turut membina rangkaian dengan badan-badan kewangan di luar negara yang secara langsung memberi kepentingan kepada AS.
“(Anwar) adalah Bekas Pengerusi the Development Committee of the World Bank and International Monetary Fund (IMF)“, katanya.
Penulis turut mempersoalkan campur tangan Amnesty International (AI), organsasi tajaan Soros yang menghantar surat kepada kerajaan AS menuduh berlaku pencabulan hak asasi manusia semasa pihak berkuasa Malaysia menyuraikan peserta-peserta perhimpunan haram itu.
Begitu juga dengan motif media antarabangsa yang melaporkan perhimpunan itu dalam versi yang berat sebelah.
“Namun anehnya, pendekatan (pihak polis yang) serupa dilakukan di Eropah, Israel dan Amerika Utara, tetapi malangnya laporan media ke atas kejadian-kejadian tersebut tidak disiarkan.
“Malah apa yang dilakukan polis di negara-negara tersebut jauh lebih melampau hingga melepaskan tembakan peluru getah dan meriam frekuensi bunyi apabila berhadapan dengan hanya satu perhimpunan kecil”, katanya.
Penulis turut mengesahkan perhimpunan BERSIH 2.0 didalangi oleh Soros yang telah menyimpan dendam kepada kepimpinan kerajaan Malaysia sejak dari tahun 1990-an lagi.
Katanya, Soros pernah naik berang kepada beberapa orang pemimpin BN, termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad yang begitu lantang mengecam peristiwa serangan 11 September, cara rejim Israel menindas rakyat Palestin, dan peraturan-peraturan yang dikenakan oleh institusi-institusi kewangan seperti IMF – yang dilihat seperti dasar ‘mengacu pistol ke arah kepala’ .
“Mahathir pernah pada satu ketika melemparkan pelbagai tuduhan terhadap George Soros berikutan tindakan Soros menggunakan kuasa pengaruhnya di pasaran spekulasi mata wang yang membawa kepada Krisis Kewangan Asia 1997 sebagai hukuman menerima kemasukan Myanmar ke dalam ASEAN.
“Ekoran krisis tersebut Bank Negara Malaysia melaporkan kerugian enam bilion dolar Amerika kerana tindakan Soros mempertaruhkan isu Myanmar”, katanya.
Menurutnya, sewaktu mesyuarat IMF di Hong Kong pada 1997, Mahathir pernah menyebut, “negara-negara kaya berkata kita perlu menerima nasib dan kesengsaraan kerana itulah hakikatnya dengan sistem kewangan antarabangsa. Nampaknya kita tidak begitu sofistikated untuk menerima hakikat kehilangan wang hanya untuk memberi kekayaan kepada segelintir petualang. Kita juga diberi amaran sekiranya kita membuat bising atau cuba menggagalkan rancangan segelintir manusia yang begitu berkuasa ini, mereka akan membinasakan kita semua.”
Ketika Mahathir melakukan kritikan kepada Soros itu atas kapasitinya sebagai Perdana Menteri Malaysia. Ketika itu, timbalannya adalah Anwar Ibrahim yang juga merupakan Menteri Kewangan Malaysia.
Ketika itu juga Soros yang mempunyai cawangan pejabatnya di Hong Kong mempunyai pengaruh yang kuat di Bank Dunia dan IMF.
Menurut Bowie, bekas Presiden Indonesia, Suharto terpaksa meletak jawatan ketika rakyatnya mula merusuh membantah penerimaan pinjaman IMF. Rakyat marah kepada Suharto kerana menerima polisi IMF yang menuntut penghapusan subsidi kerajaan ke atas beras dan roti selain membuka pelaburan asing dalam syarikat-syarikat milik kerajaan.
Berikutan rusuhan rakyat di jalanan itu menyebabkan nilai mata wang Rupiah Indonesia mengalami kejatuhan yang amat teruk hingga mencecah 85%.
Mengenai krisis di Indonesia, Mahathir berkata, “ Apakah boleh diterima akal aset-aset sebuah negara begitu besar yang didiami lebih 220 juta penduduk yang kuat bekerja tiba-tiba merudum dan bernilai hanya satu perenam nilai asalnya? Apakah sebenarnya harga sesebuah negara jika seseorang boleh menurunkan nilai dan memufliskannya?”
Menurut penulis itu lagi, Soros juga marah kepada Mahathir kerana menolak pinjaman IMF dengan memperkenalkan polisi sendiri iaitu mengenakan kawalan pertukaran matawang sebagai benteng melindungi Ringgit Malaysia.
“Tindakan Mahathir itu ketara amat berkesan menyelamatkan Malaysia, sementara negara-negara jiran yang tidak mengambil pendekatan sama menderita ekoran peraturan jimat cermat yang dikenakan IMF.
“Anehnya, George Soros, petualang antarabangsa dengan reputasi yang sukar diterima rakyat Malaysia, dengan mudah mempengaruhi Ambiga Sreevenasan supaya menerima dana daripada OSI”, katanya.
Menyusul lanjut

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply