» » » » Komen GELOMBANG RAKYAT berkaitan Isu MAT SABU & Komunis...

"DRAMA dan LAKONAN semata2. Itu maklumat yang diberitahu beberapa Pemimpin Vateran PAS di sekitar Gombak. Kenyataan Mat Sabu yang ditentang Karpal Singh telah dirancang. Apa motifnya? Mat Sabu dijadikan Kambing Hitam menggegar Negara dengan mengeluarkan kenyataan menghina Anggota Polis dan Pegawai2 Keselamatan Bukit Kepong. Kenyataan balas DAP melalui Karpal Singh membela dan menggelar barisan parajurit Bukit Kepong sebagai Pejuang Melayu. Ini strategi pertama mereka yang telah dibincang sekian lama dalam menjulang DAP dan memberi keyakinan terhadap sokongan Pengundi2 Melayu terhadap parti serpihan PAP Singapura itu pada PRU13. Ini juga dikatakan mukadimah buat DAP setelah mengugut Anwar untuk memberikan beberapa kerusi PKR di kawasan2 Melayu seperti Perak dan Pulau Pinang, selari dengan kenyataan beberapa Pemimpin DAP Negeri Pulau Mutiara itu sebelum ini. Strategi ini juga memperlihatkan populariti Mat Sabu semakin meningkat setaraf dengan musuh dalam selimut beliau bernama Anwar Al Juburi. Ianya juga sedikit sebanyak dapat menaikkan lagi semangat kebencian masyarakat bukan Melayu terhadap Kerajaan pimpinan UMNO seterusnya lebih yakin dengan Pakatan. Puak2 Pakatan mengakui Kerajaan BN bakal tumbang jika mereka mendapat sokongan Pengundi Bukan Melayu sekurang2 nya 95%. Itu sasaran mereka. Begitu 'hebat' strategi Pakatan memperbodoh2kan rakyat Malaysia dengan mainan politik sial. Dikatakan ini tidak diketahui malah disekat untuk dimaklumkan kepada Anwar. Ini kerana Anwar bakal dimatikan di dalam Pakatan dek kerana strategi politik berkepentingan peribadi yang cukup dibenci Mat Sabu sejak sekian lama. Tambahan pula Mat Sabu sendiri mengetahui, pertuduhan liwat Anwar adalah benar dan sememangnya Anwar akan dihumban di dalam Penjara, Mat Sabu cuba membina benteng kekuatan Pakatan tanpa menjaja Anwar. Ini kata beberapa Pemimpin Vateran PAS membuat kesimpulan inilah realiti politik kotor yang dibawa Mat Sabu di dalam PAS sejak sekian lama. Bagi mereka, tiada lagi perjuangan Islam secara total. Tiada perjuangan bukan sahaja Hudud, malah Sistem Perundangan Islam sedia ada bakal dimusnahkan, merujuk isu penutupan Pusat Hiburan pada bulan Puasa di Kedah yang ditentang hebat DAP Kedah walaupun ianya termaktub di dalam Undang2 Negeri Kedah. Lalu PAS akur dengan bantahan tersebut. Strategi membakar hati dan jiwa masyarakat Malaysia ini akan diteruskan sehinggalah ke kemuncak menuju impian Pakatan iaitu pemberontakan ala2 Mesir bkal terlaksana di Malaysia. Jikalau benarlah apa yang cuba diperjelaskan ini, Pakatan memang kemaruk hendakkan kuasa. Sehinggakan sanggup melakukan strategi sedemikian rupa. Tak terasakah penonton2 yang acap kali hadir ke Ceramah Mat Sabu diperbodohkan dengan penipuan sebegitu rupa? Peristiwa Sejarah Negara 61 tahun yang lalu, kini tidak dilihat bermaruah oleh Pemimpin2 Pakatan. "

NR kata: Pembangkang berjuang bukan demi rakyat tetapi hanyalah sekadar untuk merebut kuasa. Tidak lebih dari itu. Bukti di depan mata. Apabila dapat kuasa di Selangor, Kedah, Perak, Penang selain mengekalkan kuasa di Kelantan apa perkara uang dilakukan yang boleh rakyat banggakan. Satu demi satu isu dikeluarkan oleh pembangkang bukannya untuk kepentingan rakyat tetapi hanya untuk kepentingan sendiri. Pembangkang sememangnya dengki dengan kejayaan kerajaan BN sejak sekian lama sehingga tercatat dalam sejarah bahawa hanya UMNO, MCA dan MIC yang berjuang menuntut kemerdekaan Tanah Melayu suatu ketika dulu. Sejarah tidak mungkin akan berubah walaupun diubah diatas kertas sejarah yang benar tetap kekal seadanya.

Buka hati, buka minda, telusuri keagunganNya...

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply