» » » » Menanti 9 Januari 2012...

Dimaklumkan bahawa nasib Anwar Ibrahim bakal diketahui pada 9 Januari 2012. Dan begitulah juga dengan nasib Saiful Bukhari Azlan.

Pada hari tersebut mahkamah dikatakan akan memutuskan siapa sebenarnya yang benar dan siapa yang salah. Jika didapati bersalah, maka boleh dikatakan mungkin hayat politik Anwar akan berakhir. Atau mungkin BN akan terpaksa menghadapi satu U-TURN politik yang paling hrbat dalam sejarah.

Keputusan kes liwat antara Saiful dengan Anwar mungkin bakal diketahui pada tarikh tersebut dan ada ura-ura satu lagi reformasi seperti yang pernah berlaku pada tahun 1998 dan diramalkan lebih hebat daripada tahun 1998.

Namun begitu disebalik apa yang digembar-gemburkan banyak perkara luar jangkaan telah berlaku. Antaranya masalah kepimpinan PAS yang kian meruncing. Banyak kedengaran dari hari ke hari orang PKR bubar ranting (cawangan) dan yang terkini 130 orang ahli PKR termasuk ketua ranting keluar PKR dan masukmkembali ke dalam UMNO di DUN Penanti. Apakah ini sebenarnya...

Jika dilihat dari segi percakapan pemimpin pembangkang seolah-olah mereka akan menang besar dalam PRU 13 nanti namun hakikatnya jika dilihat dari apa yang berlaku sekarang suasana politik yang kian memihak kepada BN, majoriti 2/3 akan dapat memihak kepada BN.

Kepada pemimpin dan penyokong BN jangan duduk dalam keadaan selesa dan seharusnya terus bekerja untuk memastikan kemenangan di pihak BN.

Renungkan dan selamayt beramal...

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply