» » » » Rwformasi 901...???

Difahamkan puak2 tak reti bahasa sekali lagi akan mengadakan perhimpunan haram pada 9 Januari 2012 yang mana pada tarikh tersebut nasib Anwar Ibrahim akan diketahui sama ada dibebaskan atau akan di bawa ke Sungai Buloh.

Puak-puak ni tak habis-habis nak buat onar mahu mencemarkan imej negara. Apa istimewanya Anwar ni sehingga sanggup dibela sedemikian rupa sehingga kepentingan rakyat yang lain digadaikan demi untuk membela nasib Anwar seorang. Berikan ruang kepada institusi kehakiman negara menjalankan tanggungjawabnya. Tak payah cuba berlagak pandai.

Diberitakan juga perhimpunan yang bakal diadakan nanti lebih dahsyat dari yang pernah berlaku pada tahun 1998. Apa maknanya semua ini, adakah mereka mahu mengheret negara kita ke kancah ketidakstabilan dan ingin mengganggu gugat keamanan negara.

Sedarlah di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung. Kepada mereka yang berangan-angan nak turut serta terutamanya mahasiswa tepuk dada tanyalah iman. Jangan biarkan diri anda terus diperbodohkan demi kepentingan orang lain.

Renungkan dan selamat beramal.

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply