» » » » » » » » » » Politik pembangkang kian tidak bertamadun...

Kalau tidak bermain dengan api bukanlah politik namanya. Seorang cendekiawan pernah berkata "Politic is the worst thing in the world". Jadi memang tidak dapat dinafikan setiap mereka yang terlibat dengan politik akan melakukan apa sahaja untuk mencapai matlamatnya. Sehingga ada yang sanggup menjual maruah diri dan parti kerana inginkan kemenangan.

Begitulah realiti politik yang sedang berlaku dalam landskap politik negara tanah air kita hari ini. Sebelah pihak bertungkus lumus menjaga kepentingan rakyat, mengadakan pelbagai projek dan program untuk kepentingan rakyat tanpa mengira fahaman politik asalkan rakyat mendapat manfaat daripadanya demi menjaga kelansungan kuasa politik yang ada.

Manakala sebelah pihak lagi (pembangkang) sanggup melakukan apa sahaja sehingga ada yang sanggup menerima dana luar negara dalam usaha menjatuhkan kerajaan sedia ada. Sanggup memburukkan negara sendiri di luar negara demi mencapai matlamat walaupun dia sedar akan kekurangan, keburukan peribadi yang dia miliki. Adakah dia yakin dengan masalah persepsi diri dan kecelaruan peribadi yang dimilikinya itu dia mampu menjadi perdana menteri. Dia sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai matlamat politiknya yang jahat itu. Sanggup menggadaikan agama, bangsa dan tanah air untuk menggapai cita-cita yang melangit itu.

Ada juga pembangkang yang bersekongkol dengan pembangkang di atas yang sanggup bermain dengan api, sanggup mengorbankan prinsip perjuangan, sanggup mengenepikan ISlam kerana ingin melenyapkan api dendam yang membara. Sanggup memijak title ulama' yang dimiliki dengan bersekongkol dengan DAP kafir harbi untuk menumbangkan parti saudara seagama UMNO.

Dalam dunia yang dianggap moden ini rupa-rupanya masih ada manusia yang sanggup mengambil tindakan yang tidak bertamadun dan berdendam (walaupun tahu Islam tidak suka orang yang berdendam) untuk mencapai matlamat. Walaupun mungkin mereka sedar akan bahana yang akan ditanggung jika perjuangan mereka itu berjaya. Mereka mungkin berjaya mencapai kemenangan tetapi sedarkan mereka akan apa yang terpaksa mereka bayar untuk kemenangan tersebut iaitu maruah perjuangan bangsa dan agama mereka sendiri.

Sedarlah wahai umat Melayu Islam bahawa sejarah mungkin berulang. Walupun tidak sama tetapi mungkin lebih teruk daripada yang lalu. Insaflah sebelum terlambat.

Kepada yang meresakan dia adalah pemimpin dan pejuang yang berjuang demi agama, bangsa dan tanah air (UMNO) sudah-sudahlah dengan perangai cah ketingnya, sudah-sudahlah dengan sifat hasad dengkinya, sudah-sudahlah dengan rasa diri ini layak untuk menjadi wakil rakyat. Tepuk dada tanyalah iman.

Renungkan dan selamat beramal.

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply