Memetik tajuk utama Utusan Malaysia hari ini "Tolak Anwar-Hasan" memang suatu perkara yang seharusnya rakyat fikirkan. Berpandukan kepada segala apa yang berlaku dan beliau lakukan kepada dirinya sendiri (Anwar) memang ada sesuatu yang dia cuba sembunyikan tentang dirinya.
Persoalannya benarkah Anwar seorang yang boleh dipersoal peribadinya???
Pertama
Kes tuduhan liwat pertama pada tahun 1999 adalah mungkin menjadi titik tolak perubahan senario politik negara. Dimana ketika itu beliau didapati bersalah walau selepas itu dibebaskan atas beberapa faktor. riuh diperkatakan oleh penyokongnya itu semua adalah konspirasi kerajaan.
Kedua
Sebelum dikeluarkan daripada kerajaan dan menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri, Karpal Singh pernah menuduh Anwar terlibat dengan aktiviti liwat dan Karpal pernah berkata "Anwar Ibrahim harus bertaubat."
Ketiga
Pada ketika itu juga Mat Sabu yang dulunya antara musuhy politik Anwar (kini kawan karib) pernah menggelar AL-JUBURI. tetapi kini Mat Sabu adalah penjilat tegar Anwar Ibrahim.
Keempat
Dalam perbicaraan liwat keduanya (kes Saiful vs Anwar), walaupun Anwar dibebaskan kerana tidak cukup bukti namun Karpal juga pernah berkata " SUKA SAMA SUKA".
Kelima
Bukti yang terang lagi nyata ialah ketika sesi temubual dengan BBC, Anwar berkata undang-undang anti homoseks sudah lapuk dan perlu diubah. Adakah itu juga konspirasi kerajaan menyuruh BBC bertanya soalan demikian. Alahai...
Keenam
Isu video seks China Doll Datuk T juga masih belum selesai. Dan jika dilihat pada video tersebut memang tidak boleh dinafikan indiviu dalam video tersebut memang sebiji macam orang yang dituduh.
Dalam mengulas soal pandangan Anwar itu, Dr. Hasan berkata: "Sebenarnya, pandangan Anwar Ibrahim bukan hanya di Mumbai melalui BBC itu sahaja. Kalau tidak salah, itulah pandangan peribadi dan pegangan asasi yang dipegang oleh Anwar. Itulah sebab utama saya tidak boleh bersama Anwar, saya yakin pendirian saya adalah tepat.
Pandangan Anwar itu seolah-olah menolak hukum Allah yang terang-terang menolak perlakuan terlarang seperti zina apatah lagi perlakuan songsang seperti liwat. Silap langkah boleh membawa kepada kufur. Nabi S.a.w sendiri tidak mengaku umat mereka yang suka melakukan "liwat" walaupuin dengan isteri, inikan pula lelaki dengan lelaki. Sejarah telah membuktikan apabila Kaum Nabi Luth yang diturunkan bala oleh Allah S.W.T kerana budaya seks sejenis mejadi amalan biasa dan bebas dikalangan rakyat.
Bukankah ini semua sudah menjadi bukti yang cukup jelas dan terang siapa Anwar yang menjadi manusia anugerah tuhan yang disanjung penjilat tegar Anwar. Malah yang menjadi tanda tanya ialah apabila pemimpin ini mendapat sokongan dan "back up" daripada parti yang kononnya memperjuangkan Islam sehingga pemimpin yang boleh dikatakan ikhlas memperjuangkan Islam dalam parti itu dicantas dan dibuang keahlian parti. Subhanallah.
kepada rakyat marhaen di luar sana renungkan dan fikir-fikirkanlah... Jangan biarkan diri anda terus dinodai...
AHMAD MASLAN "MENGAMUK" DI PARLIMEN
-
Sesi perbahasan di Parlimen. Perhatikan perkara yang membangkitkan emosi
Dato Seri Ahmad Maslan ketika sesi perbahasan.
5 years ago
No comments: