» » » » » » » WHAT A SHAME...!!!!

PAS sekali telah dijatuhkan kemaluannya oleh DAP dan PKR apabila exco baru yang dilantik untuk menggantikan YB Dr. Hasan Ali tidak akan mengepalai port folio Agama Islam. Dengan bangganya Khalid sendiri yang mengambil alih tugas berkenaan.

Mungkin ada yang sudah menduga tetapi tidak kurang juga ramai yang terkejut dengan perkara tersebut. kenapa agaknya portfolio yang amat penting itu tidak diberikan kepada PAS..???

Ada beberapa kemungkinan yang menyebabkan perkara tersebut. Antaranya ialah:

1) PKR dan DAP sudah tidak yakin dengan ADUN PAS bimbang masalah dalam pakatan semakin meruncing. Sepertimana yang kita tahu Pakatan sememangnya tidak mempunyai agenda yang jelas dalam gabungannya. Masing-masing ada agenda yang tersendiri. mereka hanya nampak berpakat hanya di mata kasar tetapi dalamannya hancur.

2) Apabila PKR yang memegang port folio tersebut, berkemungkinan DAP tidak lagi akan mempunyai masalah besar untuk melaksanakan agendanya untuk mengenepikan Islam dan menggugat kesuciannya. Mungkin selepas ini makin banyaklah pusat hiburan, rumah urut tumbuh. Mungkin juga lebih banyak kawasan yang majoriti Melayu dan Islam akan terdapat kedai serbaneka yang diberi kebenaran menjual arak.

(Semasa PAS memegang port folio Agama Islam pun, PAS tidak mampu berbuat apa-apa, hanya mampu membiarkan sahaja. Sekali lagi NR nak tanya di mana janji PAS untuk menutup kedai arak apabila kerajaan pakatan memerintah.)

3) Selepas daripada ini sudah pasti DAP akan lebih bergerak aktif memainkan peranannya untuk mengenepikan orang Melayu dan Islam apabila orang yang memgang port folio itu hanyalah seorang MB boneka yang hanya tahu menggangguk sahaja.

Seperti yang kita semua sedia maklum, dahulunya PAS terkenal dengan slogan yang kononnya ingin memartabatkan Islam. Apa komen PAS apabila exco yang memegang port folio Agama Islam bukan dari kalangan mereka. Tanggungjawab menjaga agama Islam sepatutnya menjadi tugas PAS dan tindakan MB mengambil alih tugas tersebut menunjukkan sekutu mereka iaitu PKR dan DAP sudah hilamg kepercayaan terhadap PAS.

Kepada mereka yang dahulunya tidur bangunnya hanya bersama PAS dan mereka yang berada di atas pagar, nilailah dengan akal dan naluri anda, di mana letakknya asas perjuangan PAS apabila perkara yang menjatuhkan maruah dan kemaluan PAS ini bukannya kali pertama berlaku dan sudah banyak kali. Tapi mengapa PAS masih boleh menerima penghinaan demi penghinaan daripada rakan sekutunya.

Apakah sebenarnya perjuangan pemimpin PAS yang ada sekarang ini... Adakah demi memartabatkan Islam atau hanya untuk mencari kekayaan dunia dan kuasa ataupun hanya untuk melempiaskan perasaan dendam kepada UMNO tranpa memikirkan bahanya kepada agama, bangsa dan tanah air.

Renungkan dan fikir-fikirkanlah...

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply