» » » » DAP+PKR... PAS???

Dua tiga hari lepas gamat juga suasana belah PR apabila ada cadangan untuk menggabungkan DAP dan PKR menjadi satu parti. Tetapi yang menariknya satu lagi parti dalam pakatan iaitu PAS tidak pula diajak untuk bergabung sama.

Kenapa agaknya jadi begitu???

Pendapat analah kan... Sebenarnya dalam PR bagi DAP dan PKR.. PAS hanyalah alat  untuk mengaut undi daripada orang Melayu yang tertutup hatinya. Apa yang membuatkan DAP dan PKR boleh bergabung ialah kerana kebanyakan dasar dalam DAP dan PKR adalah sama... (Kenapa dasar PAS tak sama ke..???)

Bukan ke PAS dah sokong Israel (Yahudi), Pluralisme, Liberalime dsb...

Alahai kesian betul dengan PAS... Pengorbanan PAS untuk sahabat-sahabatnya dalam pakatan tidak dihargai rupanya. PAS sanggup menggadaikan apa sahaja untuk DAP dan PKR sehingga matlamat negara Islam ditukar kepada negara berkebajikan.

PAS menyokong apa jua tindakan DAP dan PKR contohnya:

1) Isu penggunaan kalimah Allah. Anwar sokong maka PAS pun terpaksa sokong...DAP memang akan tetap menyokong.

2) Isu selamatkan Israel oleh Anwar. PAS terus membela perniagaan dengan Yahudi.

3) Isu Liberalisme. Anwar menyokong... Apa kata PAS... Mendiamkan diri...???

4) Isu LGBT. Anwar ingin mengubah undang-undang sedia ada yang kononnya ingin membela hak asasi manusia.

5) Isu video seks. PAS seolah-olah merestui perlakuan zina kerana tidak menyokong penubuhan suruhanjaya diraja bagi menyiasat kebenarannya.

Kalau ikut pepatah Melayu kalau diam maknanya setuju...
Sebenarnya banyak lagi isu-isu yang belum diselesaikan oleh PAS demi rakyat dan Islam. PAS hari ini dilihat lebih mengutamakan kuasa politik daripada ingin menegakkan kebenaran. Banrkah begitu...???

Renung dan fikir-fikirkanlah...

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply