» » » » » » » » » » PANAS: Jahilnya manusia yang mengaku terpelajar...!!!


ana tidak mahu mengulas panjang perihal peristiwa yang berlaku dalam video di atas. Nampak macam sekadar gurauan sahaja. tetapi dalam sedar ataupun tidak iman orang yang terlibat sudah boleh dipertikaikan. Ana pasti rakyat bukan lagi bodoh untuk menilai sesuatu.

Ana yakin rakyat sudah muak dengan tingkah laku penyokong pembangkang yang sudah pasti disokong oleh pemimpinnya. Setiap waktu dan ketika kita sering dimomokkan dengan pelbagai demonstrasi yang kononnya untuk menuntut keadilan. Di mana akhirnya demonstrasi itu mengganggu ketenteraman rakyat lain yang mengurus dan melakukan urusan seharian tetapi mereka disajikan dengan perkara-perkara yang tidak enak untuk dilihat.

Jika salah perhitungan deminstrasi jalanan tersebut boleh mengundang kepada perkara yang mungkin lebih dahsyat dan mengaibkan. Kepada mereka yang jahil ini, negara ini bukan mesir, negara ini bukan Libya atau mana-mana negara lain. Rakyat mahulan keamanan dan ketenteraman. Rakyat menolak sebarang usaha untuk mengganggu keamanan negara.

Kepada rakyat yang sayangkan negara, sudah pasti tidak inginkan negara ini jatuh ke tangan pihak yang tidak bertanggungjawab. jahat sangat kerajaan hari ini sehingga setiap perkara yang dibuat ingin dibangkang. Jahanat sangatkah kerajaan sehingga rakyat hari ini dapat hidup senang lenang dan aman damai. jahat sangatkah kerajaan yang rakyatnya bebas untuk ke mana sahaja di bumi bertuah bernama Malaysia. Namun harus diingat setiap kebebasan perlu ada hadnya. Kerana Islam sendiri membataskan kebebasan manusia sepertimana yang telah dijelaskan dalam al-Quran dan Hadith.

Hanya mereka yang tidak ikhlas amlam tindakan mereka yang mahukan negara huru-hara. Renungkan dan fikir-fikirkanlah...

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply