» » Eksklusif PRU 13: Rahsia yang rakyat wajib tahu (part 32)

Gambar perumpamaan dalam pakatan



Kesepakatan jelas tidak pernah ada dalam prinsip perjuangan parti pembangkang sebaliknya, yang ada hanyalah kerakusan dalam merebut kekuasaan.

Menurut Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal, pakatan pembangkang juga tidak berupaya menentukan hala tuju atau dasar perjuangan parti masing-masing.

Bahkan tegas Mohd. Shafie, aspek kesepakatan dalam sekecil-kecil perkara juga tidak pernah dapat dilaksanakan oleh pihak pembangkang.

Katanya, ia jelas terbukti menerusi keputusan Pas secara bersendirian semalam mengumumkan senarai nama calon parti itu yang akan bertanding di Sabah, melibatkan dua nama di peringkat Parlimen dan sembilan nama untuk Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Ia bukan perkara baharu terjadi dalam parti pembangkang kerana sebelum ini Pas mahu meletakkan calon di Labuan, tetapi apabila Anwar Ibrahim datang ke sana, dia umumkan calon dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang akan bertanding.

"Lebih mengejutkan, calon PKR itu pula bukan anak tempatan, sebaliknya calon dari Kuala Lumpur. Ia jelas membuktikan tidak ada kesepakatan di kalangan parti pembangkang," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis bersama Sahabat Ikhtiar dan pelancaran pasar raya milik Koperasi Sahabat Ikhtiar yang pertama di negara ini.

Hadir sama Pengerusi Lembaga Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Datuk Amihamzah Ahmad dan Ketua Pegawai Operasi AIM, Hamid Hasbullah Boestamam.

Dalam aspek kesepakatan, Barisan Nasional (BN) jelas Mohd. Shafie, sentiasa mengamalkan prinsip kekeluargaan dalam apa jua perkara, termasuk menentukan kerusi pada pilihan raya.

Jelas beliau, perkara seumpama itu telah diputuskan lebih awal oleh BN demi menjaga kepentingan rakan komponen, sekali gus mengekalkan keharmonian dalam parti.

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply