Berbunyi desas desus di kalangan ahli akar umbi Pas yang melihat pengaruh Anwar Ibrahim yang kian mengatasi pengaruh Presiden mereka Haji Hadi. Kerana kata mereka kemenangan PR pads pru13 akan datang bsnyak bergantung kepada sokongan ahli Pas.
Rupa-rupanya isu pengaruh pemimpin PKR, Anwar Ibrahim di kalangan pemimpin tertentu Pas yang pernah hangat diperkatakan tidak lama dulu, belum reda.
Dalam diam, Awang mendapat tahu, ada pemimpin Pas yang bimbang kaitan Anwar dengan kelompok tertentu dalam parti itu.
Hal tersebut dianggap ancaman kepada Pas. Ia dikhuatiri menggugat kesepaduan dan imej Pas terutama di kalangan ahlinya yang mahukan parti itu bebas daripada elemen luar.
Antara yang disebut-sebut berada di bawah pengaruh Anwar ialah Unit Penyelidikan Pas.
Ada organ media parti itu juga didakwa memberi lebih perhatian kepada ketua pembangkang itu dalam isu tertentu. Ia mengundang persoalan siapakah sebenarnya bos dalam Pas - Anwar atau Presiden, Hadi Awang. Sejauh mana kesahihan desas-desus itu, tidak pasti tetapi itu yang Awang dengar daripada sumber dalaman Pas. Apa pun, isu pengaruh Anwar dalam Pas akan terus
menjadi bahan analisis yang menarik. Bagi satu pihak dalam Pas, ia umpama bonus untuk kukuhkan kedudukan mereka dalam parti.
Kepada pihak lain pula, ia menjadi duri dalam daging.
No comments: